OLEH: Taufiq Tuah

Pemuda itupun bersetuju. Setelah berkahwin, didapati isteri yang dikahwini tidaklah buta, bisu dan pekak. Tetapi tuan punya dusun hanyalah bermetafora dengan maksud, mulutnya tidak pernah bercakap yang buruk, matanya tidak pernah melihat hal yang buruk dan telinganya tidak pernah dengar hal yang buruk.
Hasil daripada kelahiran ini, lahirlah Sheikh Abdul Qadir Al Jailaini.
Sahihkah kisah ini?
1. Untuk kesahihan, maka saya berlepas tangan akan hal ini. Ia hanyalah sejarah yang tanpa ditulis pada AlQuran dan hadis. Oleh itu, terpulang kepada individu untuk mempercayainya ataupun tidak.
2. Apabila seseorang menjumpai buah di hutan, maka halal baginya makan tanpa perlu mencari siapa tuannya. Hal ini kerana hutan sememangnya tidak bertuan. Maka ia tidak perlu mencari siapakah tuan punya epal.
3. Sepatutnya pemuda itu melihat dahulu calon isterinya sebelum berkahwin. Hal ini kerana menepati hadis,
Abu Hurairah ra berkata:
Ketika aku berada bersama Nabi SAW, Baginda di datangi seorang lelaki dan memberitahu bahawa dia ingin berkahwin dengan seorang perempuan Ansar. Nabi SAW bertanya: "Adakah kamu telah melihat perempuan itu?" Beliau menjawab: "Tidak." Nabi SAW bersabda: "Pergi dan lihatlah perempuan itu kerana sesungguhnya mata orang-orang Ansar itu berbeza dengan mata orang lain (yang dia mungkin tidak berkenan)."
(Riwayat Muslim dalam kitab nikah, bab sunat memandang muka dan dua tapak tangan perempuan bagi sesiapa yang ingin mengahwininya, no 1424).
4. Sepatutnya berkahwin dengan anaknya tidak boleh menjadi syarat. Hal ini kerana ia termasuk dalam paksaan. Itu bermakna pemuda itu dipaksa kahwin atau jika tidak epal itu tidak dihalalkan. Hal ini bertentangan dengan hadis,
باب لا يُنكح الأبُ وغيره البكرَ والثَّيِّبَ ، إلا برضاهما
Ayah maupun wali lainnya tidak boleh menikahkan seorang gadis maupun janda, kecuali dengan keredhaannya. (Sahih Bukhari, bab ke-41).
Maka kisah ini tidak membawa moral yang baik. Wallahualam
___________________________
~ Taufiq Tuah~
Lajnah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment