Kritis Dalam Menerima Idea

OLEH: Taufiq Tuah



Sebagai seorang yg mempunyai jati diri, seharusnya kita menjadi org yg mampu berfikir dgn kerangka manhaj yg benar. Dengan ketegasan kita dalam menerima Al-Quran dan Hadis sahih sebagai hujah, maka seharusnya  kita menilai setiap pandangan dan idea yg dilontarkan.

Kita seharusnya memastikan setiap pandangan yg menjadi pegangan kita itu ialah pandangan yg mengikut aliran AlQuran dan Hadis sahih. Jika ada pandangan kita yg tersasar, jgn lah sekali-kali malu untuk kembali kepada kebenaran dan haq.

Di zaman moden ini, ceramah para asatizah dari pelbagai latar belakang bebas bersebaran di media-media maya dan menjadi ikutan sesetengah masyarakat. Ada yg baik pandangan mereka, ada juga yg buruk.

Ketahui lah, bahawa serban dan jubah seseorang itu tidak sama sekali mencerminkan kebenaran pada apa yg dikatakan. Kita sebagai pendengar seharusnya mempunyai sifat kritisme dengan pandangan mereka.

Tidak salah untuk kita (penuntut ilmu) untuk bertanya kn pada pengajar,
"Apakah hujah pada kata ini?"
"Apakah dalil membenarkan ini?"
"Riwayat siapakah hadis ini?"
"Sahih kah Hadis ini?"
"Dari kitab mana ayat ini?"
"Ayat AlQuran dari surah mana?"
"Siapa yg mentakwilkan ia begitu?"

Sebagai penyampai, maka haruslah menjawab semua soalan ini. Kerana menjawab soalan-soalan ini ialah bukti bahawa penyampai itu mempunyai disiplin dalam menyampaikan ilmu.

Dan tidak menjadi biadap atau kurang ajar jika mereka bertanyakn hal ini pada pengajar mereka. Terutamanya apabila seseorang mendengar sesuatu yg ganjil dri mulut pengajar mereka, maka perlu lah ditanya tentang sumber nya. Kerana itu, kita perlu kritis.

Persoalkan kenapa, bagaimana dan dari mana. Ini ialah untuk menjaga ketulenan ilmu agama Allah ini.

Yahudi dan Nasara tidak menjaga ketulenan agama mereka, dan kemudian Allah SWT tidak meredhai mereka. Maka sebagai Muslim, kita wajiblah menjaga ketulenan agama ini. Apa yg Rasulullah SAW bawa, apa yg para sahabat ikuti, itulah yg kita juga ikuti. Wallahualam.

___________________________
   Taufiq Tuah
    ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments