LGBT - Melayu

OLEH: Taufiq Tuah



LGBT bukanlah isu baru di dalam Nusantara. Malah kita tahu adanya berberapa tuntutan daripada org 'Melayu' sendiri meminta untuk membenarkan perkahwinan sejenis dilakukan di Malaysia.

Sebagai Muslim, kita perlu menunjukkan sifat sensitif.

Jika kita telusur, pernah pada tahun sebelum ini, EPL (English Premier League) berkempen untuk LGBT dengan mengenakan tali kasut berlatar belakang pelangi pada semua pemain bola dan pengadilnya. Perlahwanan EPL ini juga bersiaran di kebanyakan negara termasuk Malaysia.

Di Malaysia sendiri, sesetengah filem atau drama hiburan sering menggunakan isu 'gay' sebagai bahan tertawa. Adegan2 pondan dan gay yg diketengahkan ini ditonton oleh segenap lapisan masyarakat muslim.

Baru2 ini, masyarakat netizen kita sendiri menviralkan gerai Nasi Lemak Pondan dan Nasi Lemak Gay di media sosial. Ini ialah kontroversi murahan yg sebenarnya telah pun mempopularkan kewujudan LGBT di Malaysia.

Tidak lupa juga pada movie 'Beuty And The Beast' dari Disney yg berjaya memasuki dunia hiburan Malaysia tanpa perlu dipotong babak 'gay' yg ditonjolkan di dalam filem tersebut. Filem Power Rangers pula dapat memasuki dunia hiburan Malaysia tanpa memotong sebarang babak sedangkan di dalam filem tersebut, watak adiwira perempuan di dalam cerita itu seorang Lesbian.

Ini menunjukkan bahawa kempen LGBT cuba disuntik kepada kanak2 melalui filem2 ini. Dimanakah sensitiviti kita?

Apabila kempen LGBT boleh berlegar-legar di dalam masyarakat, kita khuatir hal ini menjadi kebiasaan dalam budaya kita. Malah, masyarakat akan lali dan tidak merasakan bahawa LGBT perlu ditentang.

Oleh itu, segala jenis kempen LGBT di dalam negara ini perlu dibendung sekerasnya sebelum nasi menjadi bubur. Sebagai Muslim, kita perlu tegas dalam hal ini. Jangan sekali-kali memberi peluang kepada mereka untuk masuk di dalam budaya kita.


LGBT merujuk kepada

L = Lesbian
G = Gay
B = Biseksual
T = Transgender

Sesungguhnya sifat ini telahpun melanggar lumrah seorang manusia dan telah melanggar perintah Allah SWT.

Dini hari, kita digemparkan dgn bnyk berlakunya sumbang mahram di dalam masyarakat. Pemikiran songsang ini dipelopori oleh tokoh terkenal LBGT Malaysia iaitu Irshad Manji. Di Indonesia, golongan LGBT semakin berani dengan membuat tunjuk perasaan di sekitar negara.

Maka terbukti betapa kronik masalah LGBT ini di dalam Nusantara ini. Mereka semakin berani dan liar.  

Sebagai Muslim yg mengambil berat, jgn lah kita pula yg terpengaruh dgn pemikiran ini.


Amaran! Ancaman LGBT ini semakin merebak. Di laman Facebook, telah ada kumpulan dan 'page' yg mempromosikan LGBT Malaysia Indonesia. Juga telah wujud akaun-akaun twitter LGBT yg meraih banyak follower. Di dalam dunia televisi, telah dipromosikan di dalam negara drama yg melakonkan watak sonsang. Kita tidak mahu perkara ini mencemari generasi kita.

Kesimpulannya, hal berkaitan LGBT ini bukan lagi hal yg remeh. Semua muslim seharusnya sensitif dalam hal ini. 

Wallahualam.

___________________________
    Taufiq Tuah
     ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments