Hukum Melawat Gereja atau Tempat Ibadah Agama Lain

OLEH: Zulfikar Egar

Satu soalan pernah ditanya kepada Ustaz Muhammad Asrie Sobri.

Apakah hukum seorang muslim melawat gereja, tokong kuil atau tempat-tempat ibadah agama selain Islam atas alasan bercuti atau sekadar lawatan biasa?

Jawab ustaz,

Orang Islam dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W menyebut;

"Antara keelokan Islamnya seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak menjadi penting berkaitan dirinya". 
[HR. Tirmidzi]

Iaitulah perkara yang haram, makruh atau pun perkara harus yang berlebih-lebihan.

Nabi S.A.W melarang kita daripada menziarahi tempat-tempat atau memasuki tempat yang diturunkan oleh Allah Azza Wa Jalla padanya azab, sehingga nabi tidak mahu masuk ke dalam tempat kaum Tsamud.

Bila nabi melintas Wadi Muhassir, nabi mempercepatkan perjalanan kerana nabi tidak mahu lama-lama di situ, kerana di situlah Allah Ta'ala telah mengazab tentera bergajah.

Maka, bagaiman kita boleh pergi ke tempat-tempat ini yang 24 jam kemurkaan Allah dan laknatnya turun? Tempat yang disyirikkan Allah Azza Wa Jalla padanya?

Tempat yang padanya terdapat syiar kufur?

Kita sebagai orang Islam kenalah menjaga kesucian akidah kita.

Kita tidak menghalang orang kafir untuk beribadat. Mereka diberi hak oleh syarak untuk beribadat, selama mana mereka tunduk dan patuh kepada negara Islam.

Seperti di Malaysia. Negara kita merupakan negara Islam dan orang-orang kafir yang tinggal di Malaysia berikrar untuk patuh dan taat kepada negara Islam ini yang teras perlembagaannya adalah Islam agama persekutuan dan meletakkan pemerintahan di tangan Raja-raja Melayu beragama Islam.

Dan kita memberikan mereka hak dan ruang untuk mereka mengamalkan ibadat mereka pada diri mereka.

Adapun kita selaku orang Islam, tidak perlulah kita sibuk-sibuk pergi ke tempat ibadat mereka sedangkan tempat ibadat kita masih sunyi, masih lenggang.

Masjid yang dibina oleh kerajaan Islam kita bertingkat-tingkat, berbilion-bilion tapi malang sekali. Yang datang tak sampai satu atau 2 saf.

Perkara ini perlu diperhatikan. Amat malanglah bila masjid masih sunyi dan lenggang, tiba-tiba orang Islam sibuk pula untuk menziarahi tempat-tempat ibadat orang kafir yang padanya disyirikkan Allah Azza Wa Jalla.

Maka ini adalah perkara yang sia-sia dan haram. Dan mesti dijauhi olah seorang muslim.

Wallahualam bissawab.



*Rujukan:
- Ustaz Muhammad Asrie Sobri - Q&A Yayasan Ta'lim (Soalan: Apakah hukum seorang muslim melawat gereja, tokong atau mana-mana tempat...)


___________________________
Zulfikar Egar
_____________________________

Comments