OLEH: Taufiq Tuah
Pada 10 Jun baru-baru ini telah berlansung majlis berbuka puasa bagi pendukung-pendukung 'gay' (hubungan luar tabie lelaki sesama lelaki) di Bangsar.
Majlis terkutuk ini telah pun dikelolai oleh Democratic Action Party Socialist Youth ( DAPSY) iaitu unit pemuda bagi parti DAP. Majlis dihadiri oleh pendukung-pendukung LGBT di dalam Malaysia. Antara yang hadir ialah wakil dari Sisters In Islam (SIS), Transmen Of Malaysia dan Justice For Sisters (JFS).
Majlis seperti ini dengan sewenang-wenangnya berjaya dilangsungkan di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa pendukung LGBT di Malaysia telah mulai masuk kedalam peringkat yang serius. Ini juga membuktikan telah wujud ramai golongan LGBT di dalam Malaysia dan juga membuktikan bahawa ramai juga di antara mereka ialah Muslim.
Sebagai Muslim, kita seharusnya risau akan hal ini. Mereka juga mempunyai pengaruh di dalam negara dan mendapat sokongan daripada kumpulan LGBT dari luar negara.
Kita perlu bendung kegiatan terkutuk ini daripada terus bercambah di dalam budaya bangsa kita. Tidak pernah menjadi lumrah manusia lelaki berkahwin sesama lelaki dan perempuan berkahwin sesama perempuan. Perbuatan terkutuk itu ialah daripada pemikiran bermasalah yg cuba menentang fitrah.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًۭا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌۭ
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
[QS. Al Hujuraat (49):13]
Maka daripada dalil jelaslah bahawa Allah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan lelaki dan perempuan.
Haram hukumnya untuk lelaki menikahi lelaki dan perempuan menikahi perempuan. Cukuplah kisah kaum Nabi Luth A.S yg diimani oleh Muslim, Kristian dan Yahudi ini menjadi bukti bahawa Allah SWT memurkai LGBT. Wallahualam.
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment