Majlis Tapak Kaki Nabi

OLEH: Taufiq Tuah



Baru-baru ini telah berlangsung sebuah Majlis Qasidah di Alor Setar, Kedah. Di majlis itu, ditayangkan sebuah tapak kaki yg didakwa tapak kaki Nabi Muhammad SAW.

Sebenarnya, di sini lah timbulnya persoalan. Bagaimana boleh ada peninggalan tapak kaki Rasulullah SAW di sana? Sedangkan yg diketahui, peninggalan tapak kaki Rasulullah SAW berada di muzium2. 

Malah jika dibandingkan tapak kaki yg didakwa dgn tapak kaki yg berada di muzium, ternyata terdapat perbezaan yg sgt ketara. Lalu bagaimana pula mereka boleh mendakwa ia sebagai tapak kaki baginda Rasulullah SAW?

Di dalam majlis yg sama, terjadinya upacara yg pelik2 yg bukan dtg dari Islam. Tidak cukup dgn itu, tapak kaki itu dijadikan ikon utama di dalam majlis tersebut.

Tidak disangka bahawa majlis yg membawa kepada kesesatan ini mampu dibuat di Malaysia dan ramai pula yg dtg bagi memeriahkan majlis ini.

Khuatir nya diri ini apabila melihat org2 yg memeriahkn majlis itu terdiri daripada org kita sendiri. Apakah sudah pudar tauhid yg kita tanam demi Islam? Berapa ramaikah lagi umat Islam di kawasan kita yg juga telah pudar tauhid mereka? Sepatutnya hal sebegini diambil cakna oleh setiap muslim.

Bagaimana pula majlis seperti ini boleh lepas dan masuk ke Malaysia? Hanya atas nama Qasidah, maka majlis itu boleh mengisi aktiviti ritual mereka sesukahati? 

Wallahualam


___________________________
    Taufiq Tuah
     ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments