Makna Bughah

OLEH: Taufiq Tuah


Apa itu Bughah?
Dari segi bahasa nya, menuntut sesuatu perkara yang dilarang menurut syarak dengan melibatkan kezaliman dan penindasan.

Namun, para ulama mempunyai definisi yang berbeza-beza tentang bughah.

1. Mazhab Hanafi:
"Orang-orang yang bertindak keluar daripada mentaati pemimpin yang sah secara tanpa hak (tidak sah). "
[Hasyiyah Ibn `Abidin dan Syarhu Fath Al-Qadir]

2. Mazhab Maliki:
"Menahan diri dari melaksanakan ketaatan kepada khalifah dalam perkara selain maksiat secara mughalabah(menentang) walaupun dengan takwil(alasan tertentu sama ada benar ataupun tidak), serta menyanggahi pemerintah yang berkuasa atau wakilnya untuk mencegah hak pemerintah yang wajib mereka tunaikan, dengan tujuan untuk menggantikannya."
[Hasyiah Az-Zarqani dan Hasyiah As-Syaibani]

3. Mazhab Syafie:
"Sekumpulan muslim yang menentang pemimpin dengan menggunakan kekerasan dan meninggalkan ketaatan atau enggan menunaikan hak yang wajib ke atas mereka. Dengan syarat mereka itu memiliki kekuatan senjata, mempunyai alasan penentangan dan mempunyai ketua. "
[Nihayah Al-Muhtaj]

4. Mazhab Hanbali: 
Mereka yang keluar daripada mentaati pemimpin sekalipun yang tidak adil dengan alasan yang patut(takwil sa-igh), dan mereka mempunyai kekuatan senjata walaupun tidak mempunyai ketua. [Asna Al-Matolib]




Umum, kita menyimpulkan bahawa Bughah bermaksud tidak taat kepada pemimpin atau khalifah (yang telah di baiat) .

    ATAN: Tapi kita negara demokrasi. Pastilah ada yang tidak sependapat dengan pemerintah. bagaimana pula dengan hal itu? adakah para parti pembangkang itu dikira sebagai bughah?

Bunghah ini mempunyai berberapa syarat.



SYARAT-SYARAT UNTUK MELABEL Al-BUGHAH
Secara ringkas, ciri-ciri dan syarat-syarat tersebut adalah:

1.  Kelompok tersebut adalah dari kalangan kaum muslimin.

2. Kelompok tersebut keluar daripada mentaati pemerintah yang sah.

3.  Kelompok tersebut mempunyai kekuatan.

4.  Kelompok tersebut dipimpin oleh ketua.

5.  Kelompok tersebut mempunyai takwilan (kekeliruan/syubhah) dalam tindakannya.

[Fatwa JAKIM]





Bagi barang sesiapa yang bughah pula, halal darahnya untuk di bunuh..



ATAN: uishh.. Gila ke boleh bunuh...


Hal ini tak lah gila pun...sebab...

Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Barangsiapa yang telah berbaiah kepada seorang pemimpin, dan telah menghulurkan tangan dan hatinya (memberi baiah atau kesetiaan) kepadanya, maka hendaklah dia mentaatinya selagi termampu. Sekiranya datang seorang lain yang cuba menentangnya (memerangi pemimpin yang dibaiah itu) maka pancunglah kepala penentangnya itu.”
[Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim]


Walaupun perkataan bughah ini wujud, namun pemerintah tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan perkataan ini untuk melebel pesaing mereka. Jika disalah guna, maka ia akan menunjukkan bahawa Islam sememangnya menyokong pemerintahan diktator.





“Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh).  Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan kesaksamaan”
[ Surah Al-Hujarat: 9 ]



Bukan mudah untuk kita melabel bughah. Jika ada yang layak dilabel Bughah di Malaysia, maka mungkin ia merupakan Al-Maunah.


___________________________
Taufiq Tuah~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments