Matawang Alam Bunian?

OLEH: Taufiq Tuah

 Maka tersebar di layar siber tentang wujudnya matawang alam bunian. Menjadi kehairanan apabila ada org yg menjualmatawang tersebut di dunia manusia.Persoalan, 
Bagaimana dia dpt matawang itu?
Adakah bunian juga menggunakan matawang?
Jika bunian ada teknologi untuk mencetak duit, adakah mungkin mereka juga ada teknologi untuk membuat benda lain?

Sebenarnya bunian ialah hal ghaib.  

Kepercayaan kita kepada jin itu juga wajib. Kerana Al-Quran juga ada bercerita tentang jin. Namun untuk mengakui sesuatu cetakan matawang sendiri sebagai matawang bunian, dan menjual ia kepada awam itu adalah perbuatan yg tidak bertanggungjawab.

Mengapa mudah sgt mereka  mendapat duit? Hanya dengan mencetak matawang imaginasi sendiri, boleh dijual dgn harga yg tinggi. Sedangkan ia hanyalah sehelai kertas bercetakkan dakwat biasa.

Ini semua ialah penipuan. Lebih bahaya apabila di atas duit itu di lakarkan kalimah2 dari ayat suci Al-Quran.

Pernah kita dengari mereka yg menjual agama dgn jampi di dalam air menjadi jualan. Namun apakah kita tidak sedar bahawa mencetak perkataan tertentu (ayat wafak) juga sebagai penjual agama?

Inilah yang kita khuatir keatas umat Islam Melayu kita. Sangat mudah tertipu dengan cerita dongeng dan karut. Bukalah mata kita. 

Wallahualam
___________________________
  Taufiq Tuah
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments