OLEH: Taufiq Tuah
Mereka sememangnya bukan lah golongan majoriti, tetapi bilangan mereka yang sedikit itu sebenarnya menggusarkan kerana idea dan pemikiran mereka yang mampu mengelirukan anak-anak muda yang belum dekat dengan Islam.
Persoalan mereka tentang "Kenapa tidak nampak tuhan kalau tuhan wujud?" dan juga "Kalau dah suka pada sejenis dari kecil, itu kan fitrah juga" bakal menjerat Muslim yang kurang ilmunya.
Di Nusantara, mereka mempunyai tokoh2 mereka sendiri. Tokoh-tokoh ini juga sering mencari publisiti untuk memperkenalkan diri mereka pada masyarakat. Pelbagai hal yang mereka telah lakukan untuk publisiti ini. Antaranya ialah perarakan-perarakan mereka atas nama "Hak bersuara!" (Human Right) dan "Hormati pandangan kami!" ( Respect Our Intelligent). Juga mereka melaungkan "LGBT bukan jenayah!" (LGBT is not a crime) dan "Sebarkan kasih sayang!" (Spread love). Pelbagai slogan kempen dan perarakan yang mereka lakukan.
Lebih berani pada Ramadhan 2017, mereka mengadakan Majlis Iftar bersama Gay. Ini membuktikan mereka berniat menjatuhkan kedaulatan Islam dengan idea yang mencemar ini.
Maka apabila mereka melakukan program untuk memberikan mereka publisiti, adalah dilarang tegas untuk kita menyertainya. Hal ini kerana ia hanya akan mempromosikan idea busuk mereka kepada masyarakat.
Mungkin ada yang berpandangan "Saya tak setuju mereka Gay dan Lesbian, tapi dalam hal ini, organisasi mereka menuntut keadilan dalam politik dan saya setuju hal itu. Tak bermakna saya sokong perbuatan LGBT mereka".
"Kalau kita buat gerai makan kemudian mereka datang membeli makanan kita adakah kita mengatakan gerai makan kita gay hanya sebab menjual makanan kpd mereka?"
1. Ini ialah cara pendekatan mereka dalam mempromosikan idea mereka. Apabila dilihat mereka kehapadan menentang politik zalim atas nama NGO mereka, dengan mudah masyarakat akan lihat "NGO Liberal LGBT ni bagus la menuntut hak kita". Kemudian mula lah masyarakat kaji tentang mereka dan berberapa pengkaji yang tidak berakal panjang akan terus terpengaruh dengan NGO tersebut.
2. Jika kita beri mereka berjuang dengan kita, itu bermakna mereka sedang mempromosikan idea mereka atas pentas kita. Pentas kita telah disalah gunakan.
3. Kadang kala mereka menjemput tokoh2 terkemuka untuk wacana mereka. Mungkin untuk memberi ucap tama atau sebagainya. Kita tidak perlu hadir wacana tersebut kerana ia membawa tanggapan, "Tengok Sheikh sekian tu, dia pun sokong NGO LGBT Liberal tu".
Ada yang berpandangan itu ialah tanda "Rahmatan lil alamin" dan berbaik-baik dengan sekalian alam kerana Islam itu rahmah. Kononnya bila kita mendekati mereka, maka akan mempengaruhi mereka dalam untuk kembali kepangkal jalan.
Tidak semudah itu untuk mendakwa. Liberal dengan LGBT perlu didakwah secara tegas dan bukannya dengan berbaik dengan mereka, tolong mereka promosikan agenda mereka dan esok mereka akan kembali ke pangkal jalan.
Mereka menidakkan keimanan mereka dengan mempersoalkan kewujudan tuhan dan malaikat. Mereka juga mempersoalkan Al-Quran adakah benar dari tuhan membuktikan akidah mereka sudah rosak. Mereka bukannya seperti ajaran sesat yang lain yang mana masih mengaku Allah itu Maha Esa. Mereka terus menafikan kewujudan tuhan. Apakah pangkal jalan yang mereka akan kembali jika berlembut sedang iman mereka terus menerus menidakkan tuhan.4. Menghadiri program mereka sebenarnya hanya memberi mereka lebih semangat dalam usaha-usaha mempromosikan agenda mereka.
5. Sebagai Muslim, tindakan yang tegas perlu diambil terhadap perosak agama ini. Jangan beri muka kepada mereka. Jangan redha pada perjuangan mereka. Wallahualam
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment