Mendamaikan Ahli Sunnah Dengan Syiah

OLEH: Taufiq Tuah

Syiah merupakan suatu nama yang tidak asing lagi bagi kita.
Ajaran ini yang dahulunya tidaklah dikenali, kini sudah mula menular di Malaysia.
Syiah sgt keras permusuhannya terhadap Ahli Sunnah.

Sejarah telah mengukir banyak usaha dalam menyatukan di antara Syiah dengan Ahli Sunnah. Namun, ternyata kesemua usaha dalam mendamaikan di antara Syiah dengan Ahli Sunnah gagal.

Sebagai misalnya iala perjanjian Risalah Amman pada 2004 yang mana selepas daripada perjanjian itu, bagaikan tidak apa perjanjian damai yang berlaku.

(Untuk link tentang Risalah Aman, klik link ini : http://revolusimelayubaru.blogspot.my/2015/12/risalah-amman.html )


Maka boleh disimpulkan bahawa tiada cara yang boleh mendamaikan Syiah dengan Ahli Sunnah. Hal ini kerana ajaran Syiah sendiri yang kuat penentangan terhadap para Sahabat yang mana Ahli Sunnah menggunakan riwayat-riwayat sahabat itu sebagai rujukan hadis.

Contoh situasi ialah,
Ahli Sunnah memegang hadis sahih yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar R.A, tetapi Syiah pula membenci Saidina Abu Bakar. Maka memang bagaikan tidak mungkin mampu menyatukan di antara keduanya.

Namun, sedarkah kita bahawa telah muncul satu jalan, yang mana boleh kelihatannya seperti mirip Syiah. Namun, mereka mengaku diri mereka sebagai Ahli Sunnah.

Di atas nama Ahli Sunnah, mereka mengakui bahawa Saidina Abu Bakar itu sahabat yang agung diikuti dengan Saidina Umar , Saidina Uthman dan Saidina Ali. Oleh sebab itu, kita melihat mereka sebagai Ahli Sunnah.
Namun, mereka cukup memuja ahlul bait (keluarga nabi) sehingga pujaan yang tidak sepatutnya. Hal ini pula membuatkan mereka ini mirip kepada Syiah.

Mereka mengiktiraf Al-Quran Rasm Uthmani , oleh itu kita melihat mereka sebagai Ahli Sunnah.
Namun mereka mengambil hadis-hadis lemah dan palsu sebagai sandaran membuatkan mereka mirip ke arah Syiah.

Mereka menyebut nama Allah SWT ketika meminta dan berdoa, membuatkan mereka kelihatan  seperti Ahli Sunnah. Namun mereka bertabaruk dan bertawasul kepada ulama2 dan tok guru membuatkan mereka berbuat ghuluw sebagaimana Syiah.

Mereka melafazkan takbir, tahlil dan tahmid dengan lafaz yang serupa dengan Ahli Sunnah.
Namun mereka beritual dengan tarian dan posisi badan yang tertentu membuatkan mereka mula mirip dengan Syiah.

Mereka menyambut Aidil Fitri dan Aidil Adha sebagaimana Ahli Sunnah, tetapi mereka menyambut Maulud Nabi sebagaimana Syiah. Malah mereka juga menyerupai dalam hal Nisfu Syaaban dengan Syiah.

Mereka mengkapan kan jenazah sebagaimana Ahli Sunnah, tetapi mereka berselawat dan menyanyi ritual pula di kuburan seperti Syiah dan Quburiyyah.

Apa sebenarnya mereka ini??
Mereka mengaku bahawa diri mereka ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dengan nama 'Sufi' dan 'Tasawwuf' pada gelar ilmu mereka, mereka membawa banyak penyelewengan di dalam Ahli Sunnah. Mereka juga memburukkan dan merosakkan ilmu tasawwuf yang sepatutnya.

Mereka berserban dan berjubah putih. Mereka memegang kayu sugi pada genggaman mereka. Mereka menggulung tasbih di pergelangan mereka. Ketahui lah, bukan pada rupa yang 'Islamik' dapat kita merungkai iman mereka.

Mereka mengumpulkan pengikut-pengikut mereka pada malam-malam tertentu di mana-mana dataran untuk menyanyi dan menari bersama. Di ajak untuk berhibur kononnya sambil mendengar ilmu dengan harapan, agar Nabi Muhammad SAW akan hadir dalam majlis mereka. Sedangkan mereka uga mengetahui bahawa Rasulullah SAW telah wafat.

Mereka juga menentang berberapa ulama seperti Ibnu Taimiyah, Sheikh Muhammad Bin Abdul Wahab, Sheik Rabi Madkhali dan Sheikh Bin Baz. Mereka mengatakan bahawa nama-nama ulama di atas sebagai bukan ahli sunnah dan keluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mereka juga kononnya berpegang kepada Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Hanafi dan Imam Maliki. Tetapi perbuatan mereka mengingkari keempat-empat imam tersebut.

Maka ajaran atau aliran seperti ini lah yang kita lihat sangat mirip dengan Syiah, tetapi masih bergelar Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Oleh sebab itu, jarang sekali dapat kita melihat pertengkaran di antara 'Sufi' dengan 'Syiah'.



Berhati-hatilah dengan mereka yang mengaku diri mereka Ahli Sunnah, namun hakikatnya mereka bukan Ahli Sunnah.. Malah, mirip kepada Syiah.

Wallahualam

___________________________
 Taufiq Tuah
  ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________




Comments