Mendekatkan Anak-Anak Ke Masjid / Surau

OLEH: Taufiq Tuah

Maka usaha seperti meletakkan kata galakan untuk ibu bapa membawa anak ke masjid merupakan salah satu cara yg baik bgi mendekatkan anak2 dgn rumah Allah.

Malah, menggalakkan anak2 bersolat sebelah ibu bapa (walaupun belum khitan) juga merupakan kaedah yg terbaik. Hal ini kerana jika adanya saf kanak-kanak, maka akan berlaku pemisah diantara dua generasi untuk bersolat sekali.

Apabila ayah bersolat disebelah anak mereka, mereka boleh memantau sama ada anak mereka solat dlm keadaan baik atau tidak. Malah, keselamatan anak itu lebih dijamin memandangkan si anak tidak mudah diculik jika bersolat di hadapan.

Bisingnya dewan solat berlaku apabila anak-anak dapat berkumpul dalam satu saf yg sama. Maka mula lah riuh rendah saf tersebut. Anak A mula main berpijak kaki dgn Anak B, Anak C mula keluar dari saf dan merayau2 di kawasan masjid tanpa hala. Inilah yg berlaku jika tiada pengawasan.

Oleh itu, meletakkan anak-anak solat bersebelahan ibu bapa adalah salah satu kaedah yg sgt baik untuk memantau anak2 solat.

Wallahualam.

___________________________

    Taufiq Tuah
     ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments