Menggunakan Tanah Kubur Untuk Menjauhi Azab Kubur

OLEH: Taufiq Tuah



Ada yg mengatakan bahawa membacakan surah Al-Qadar 7 kali pada tanah kubur boleh hilangkan azab kubur dan sebagainya.

❓Sejauh manakah keterangan ini??

🔴Pada awalnya, harus dikatakan bahawa ia bukanlah diambil dari mana-mana riwayat hadis yg sahih. Maka tidak boleh kita berpegang kpd hadis tersebut.

Memandangkan pihak pendakwa memberikan rujukan kitab, maka kita akan huraikan rujukan kitab tersebut.
Rujukannya ialah : Tafsir Ats-Tsaqalayn


❓Apakah dia Tafsir Ats-Tsaqalayn?

🔴Ia ialah karangan Abdul Ali Bin Jum'ah Al-'Arusi Huwaizi. Pengarang ialah seorang muhadis SYIAH yg hidup pada abad ke-12.

Maka jelaslah bahawa ia ialah kitab penulisan Syiah. Apakah wajar kita sebagai Islam yg mengikuti Sunnah mengambil kitab Syiah sebagai rujukan? Sudah tentu lah tidak wajar.

Imbasan:
♦️ Tiada hadis sahih yg serupa dgn dakwaan.

♦️ Kami tidak mengenali siapa Tuan Guru Haji Husin Bin Tahir dalam bidang hadis. Biarlah bagaimana pun sijil yg beliau/dia dapat, apa yg salah tetap akan kita tolak.

♦️ Kitab rujukan yg diambil ialah Kitab Syiah dan kami Ahli Sunnah tidak akan setuju untuk mengamalkan sesuatu berlandaskan pandangan Syiah.

♦️ Tidak ada sebarang contoh dari Rasulullah SAW dan para sahabat dlm melakukan hal tersebut .

Wallahualam


___________________________
  Taufiq Tuah
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments