OLEH: Taufiq Tuah
Masalah hukum merokok ini bagaikan tidak pernah selesai di Malaysia..
Malah org Melayu (nusantara) telah menjadikan merokok sebagai tabiat. Hinggakan jika tidak merokok sehari, boleh rasa lain mcm.
Kenapa benda bahaya dan membazir ini sering kali menjadi igauan mereka?
Jika kita masih ingt dahulu, ada kotak rokok yg dicetakkan bendera Johor (negeri Melayu) di atasnya.
ATAN: ehhh..Merokok tu kan makrukh...
Walhal, JAKIM telah pun berfatwa bahawa.

"Muzakarah jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan."
ATAN: Elehhh.. Tapi ada senanyer ulama kata makrukh..
Kita di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura (Nusantara) rata-rata bermazhab Imam Syafie.
Maka wajarlah kita lihat pandangan Imam Syafie.
Imam Syafie
Telah dikeluarkan fatwa dalam kitabnya 'Al-Umm' iaitu, "Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yg dihisap,dihidu dn disedut) yg boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yg menyebabkan kematian.Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah SWT mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri."
Jika merokok itu tidak bahaya, sudah tentulah ia diharuskan.. Tetapi ia bahaya..
ATAN : Rokok bahaya?? wakakaka.. mane de bahaye.. asap je lar..~
Kalau dah setiap kotak rokok yg kau beli pn dh gambar macam ni, kau nk kata rokok tu tak bahaya lagi~
Tengok elok-elok isi kandungan tu..
Aceton lah, Methanol lah, Toluidine lah hape lah itu lah ini lah..
Kau bayar sesuatu yang pelik untuk kau isap..
Ada siapa lagi nak kata rokok tu baik untuk kesihatan??
ATAN: alaa.. tapi halal.. sbb baru Imam Syafie sorang ckp haram..
Ulama Mesir, Dr. Abdul Jalil Shalaby,
"Merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat."
Al Imam Abdul Halim Mahmud
Dalam kitabnya 'Fatawa Al-Imam Abdul Halim Mahmud' mengatakan,
"Merokok hukumnya makhrukh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan"
Dr. Zakir Naik
"Berdasarkan ayat Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 195 mengatakan, jangan jadikan tangan anda sebagai punca kebinasaan anda. Kini, sains sudah maju, terdapat banyak kesan negatifnya, bila merokok,bibir anda akan menjadi hitam, gigi anda akan menjadi hitam, kerosakan pada gusi , jari menjadi hitam, gatal-gatal, kerosakan kerongkong, mengakibatkan kanser peptik dan sembelit,mengakibatkan mati pucuk, kehilangan tenaga dan juga hilang ingatan. Berdasarkan kajian-kajian ini, ulama telah mengeluarkan lebih dari 400 fatwa mengatakan bahawa merokok adalah haram"
-Dr. Zakir Naik (Ulama Salafi)
ATAN: Tapi ustaz kt masjid tu pn merokok! mksdnye boleh lar...
Kalau mcm tu, ustaz tu klau mkn babi pn babi kire halal lah??
Dan sekarang, org Melayu masih lagi tak endah psl rokok..
Sebab mereka merokok sejak dibangku sekolah~
Kesimpulannya,
Rokok itu tidak makrukh kecuali Haram..
Dan rokok juga sangat berbahaya kepada perokok dan juga org2 disekelilingnya.
Tegur lah perokok yg anda kenali.
kerana mungkin para perokok di Malaysia ini kadang kala dikalangan orang yg kita sayangi.
Mungkin org itu ialah Ayah awak, abang awak, adik awak, suami awak, kawan awak, pakcik awak, anak awak, atok awak or maybe awak sendiri. Cakaplah 'slowtalk' ke...
Or klau susah sgt, just share this entry to them..
Send ke wasep dia ke.. ke facebook ke.. (sbb org skarang susah nk bejumpe..kononnye bizi)
ahaks..
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________







Comments
Post a Comment