Pemuja Kubur

OLEH: Taufiq Tuah



Di nusantara sememangnya ramai yg mula berkecimpung dlm arena memuja wali-wali dan org2 soleh berlebihan.

Sehinggakan setelah meninggal dunia tokoh mereka, kubur2 bukan sahaja diziarahi tetapi juga dipuji.

Ada  yg mencium batu nisan, ada yg berqasidah di tepi kubur, ada yg meraba-raba batu nisan semuanya dgn alasan yg tidak munasabah.

Ada yg buat kerana ingin hajat mereka dihajati. ada yg kerana inginkn syafaat. ada yg inginkn pengampunan  ada yg inginkn keberkatan.

🚫TIDAK boleh kita memuja mana2 kubur. Sungguhpun ia milik Rasulullah SAW. Atau kita akan berlaku syirik.

Bagaimana boleh meminta pula kepada kubur sedangkan Allah SWT Maha menerima hajat. Adakah ada lagi yg sama tarafnya dgn Allah SWT? Sudah tentu tiada.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ  : سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الذَّنْبِ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ  ؟  قَالَ : " أَنْ تَجْعَلَ لِلَّهِ نِدًّا وَهُوَ خَلَقَكَ ... "
 (رواه البخاري و مسلم )

📚Dari Abdullah ia berkata : Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw.  dosa apakah yang lebih besar di sisi Allah ? Beliau menjawab : “ Engkau menjadikan sekutu bagi Allah padahal Dia lah yang menciptakanmu…”
(Riwayat Imam Bukhari ,Imam Muslim )

Jika benar ingin berhajat, maka minta sajalah kepada Allah SWT.

📚"...Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu..."
(Surah Al Baqarah : 186)

Kesimpulannya, tidak ada mana2 kubur org soleh atau kubur para wali yg setaraf dgn Allah SWT. Juga tidak ada diantara kubur tersebut yg boleh memberi syafaat, mengampun dosa dn memperkenan hajat.

Wallahualam.


___________________________
  Taufiq Tuah
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments