OLEH: Taufiq Tuah
Namun ada berberapa perkara yg perlu diambil berat memandangkan ramai daie (di kuliah2 atau di laman sosial) yg tidak menjaga adab ketika berdakwah.
🔴 BERKATA YG SAHIH :-
Maka pendakwah itu haruslah berkata apa yg diyakini sahih sahaja. Adapun jika berlaku ragu-ragu, lebih baik diam akan hal tersebut.
🔴 MENGGUNAKAN BAHASA YG BAIK :-
Menjaga bahasa agar tidak terkeluar perkataan yg biadap dan kurang ajar. Walaupun kita di pihak yg benar, mencela org lain bukanlah budaya nabi kita. Adapun mencela itu termasuklah dengan bertanya ,
💬 "Awak ni syirik ke?"
atau
💬 " Awak ni tak ambil berat tentang Islam ke?"
perlian sinis seperti di atas merupakan suatu ayat celaan sinis yg sebenarnya telah menjauhkn lagi masyarakat dgn dakwah.
termasuk juga berkata buruk ialah dengan memperendahkan org lain seperti,
💬 "Org yg bahalul je yg berfikiran mcm ni."
atau
💬 "Org bangsat je yg ckp mcm tu"
walaupun mereka tidak sependapat dgn kita, namun memperendahkan org lain hanya akan menjauhkn lagi masyarakat dgn dakwah.
🔴 PENGGUNAAN BAHASA YG SELESA MENGIKUT GOLONGAN :-
Sebahagian golongan tidak selesa dgn perkataan 'ana' dan 'anta' yg biasa diucapkan oleh pendakwah dan ahli2 jemaah Islam. Bagi mereka, perkataan ini seperti 💬 "poyo alim" dan 💬 "aget bagus". Maka tidak menjadi masalah untuk kita mengubah pendekatan kita daripada 'ana - anta' kepada 'bro' 'sis' 'beb'.
Juga jika kita sedang berdakwah di sesuatu negeri, tidak juga menjadi kesalahan untuk kita berdialog di dalam dialek mereka.
🔴 TIDAK SOMBONG AKAN ILMU :-
Kerana kadang-kala pendakwah sgt gian akan pencapaian yg mereka perolehi sehingga sombong akan ilmu mereka. Contoh ayat mereka,
💬 "Penulisan saya dah banyak kali masuk dalam akhbar dan majalah"
atau
💬 "Saya sudah lama kaji tentang hal ini, awak baru setahun jagung"
atau
💬 "Kalau tidak ada ilmu, tidak perlu tunjuk pandai depan saya"
ayat2 di atas ialah ayat2 kesombongan biasa yg dituturkn oleh para daie dan pendakwah. Sesungguhnya sombong itu adalah sifat terkutuk. Semoga kita dihindari dari sifat tercela ini.
🔴 HINDARI PERDEBATAN
Jika berdakwah dan berlaku perselisihan, seeloknya dielakkan drpd berdebat. Namun, tukar konsep berdebat kepada perbincangan.
Apabila berdebat, maka automatik akan ada dua pihak yg tidak akan terbuka hati dan tidak akan berlapang dada sesama mereka sedang berlawan hujah. Hal ini berlaku kerana ramainya org kita yg gagal memahami adab-adab dan akhlak berdebat.
Maka seeloknya diubah perdebatan kepada perbincangan selagi mana boleh. Kerana perbincangan akan lebih kelihatan neutral dan kedua org yg berbincang akan lebih mudah untuk berlapang dada.
Namun jika perlu juga berdebat, maka jagalah adab2 Islam di dalam perdebatan. Terutamanya yg sekadar berdebat di alam maya, kadang kala mereka tidak takut menulis macam-macam kerana mereka tidak bersua muka.
*Dalam dakwah Rasulullah SAW, baginda tidak berkata apa yg buruk dalam lisannya. Baginda tidak sombong dalam tuturnya. Tidak mencela manusia segala, kecuali setelah nyata tuhan murkai mereka. Bagaimana masyarakat semakin dekat dgn dakwah baginda, sehingga semua tertarik akan ia. Kecuali yg telah keras hati mereka. Begitulah sifat2 dakwah Rasulullah SAW.*
Wallahualam.
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment