OLEH: Taufiq Tuah
Dengan kalimah ini lah bahawa syarat pertama seorang kafir untuk memeluk Islam.
Dengan lafaznya yg seperti:
أشهد أن لا إله إلا ألله
وأشهد أن محمدا رسول الله
"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yg disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah".
Sebagai seorang Muslim, wajib bagi mereka untuk memahami dan mendalami apa yg dimaksudkn di dalam kalimah ini .
Kita mengulangi bacaan ringkas ini dikala waktu solat kita saban hari. Semoga baca kita bukan sekadar baca.
Dengan ikrar ini, kita sebenarnya telah pun mengakui bahawa hanya Allah SWT sahaja tuhan dan tidak ada gerangan lain yg boleh sama menjadi tuhan.
Juga kita telah mengakui bahawa Rasulullah SAW (kekasih kita) sebagai rasul yg sah daripada Allah SWT. Kita tidak meragui akan hal ini dan tidak boleh melakukan perbuatan yg boleh menyebabkan pengakuan ini terbatal.
Tidak boleh kita menyebut kalimah-kalimah daripada agama lain seperti 💬"Hail Marry", 💬"Halelujah" dan berberapa perkataan lain yg biasa didengari di filem2 dan lagu2 barat. Kalimah2 itu telahpun melawan ucapan kalimah syahadah kita.
Juga tidak boleh untuk kita memperlekehkan Nabi Muhammad SAW. Kita telah mengakui kerasulannya, maka tidak boleh kita perlekehkannya. Seperti ada yang kata 💬"Nabi tak cukur janggut sebab zaman tu tidak ada pencukur" dan sebagainya. Ini adalah suatu pencabulan ke atas kalimah syahadah tersebut.
Sebagai Muslim, jagalah ikrar dan pengakuan kita sebagai Islam (Kalimah Syahadah). Pegang lah erat akan ia dan janganlah sekali-kali tergugat dan mengubah kalimah tersebut.Insyaallah, semoga kita semua sentiasa dibawah hidayah dan rahmat Allah SWT. Allahumma ameen.
Wallahualam
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment