OLEH: Taufiq Tuah
Kononnya kitab Ibnu Taimiyah adalah bercanggah dengan pandangan majoriti umat Islam di Malaysia dan punca kepada perpecahan.
Pihak RMB tidak bersetuju dgn pandangan singkat tersebut.
1. Haq dan Islam bukan lah diukur oleh majoriti. Tidak kira lah ia tidak sependapat dgn majoriti dunia sekalipun, namun apabila ia benar, kita tetap akan berpegang pd yg benar.
2. Akidah Asyairah dan Maturidiah bukanlah akidah majoriti memandangkan yg mengakui mereka berpegang dgn akidah itu hanyalah golongan yg berpondokkan dan belajar dgn guru yg juga mempunyai akidah tersebut. Jika ditanya pd org awam, "apakah akidah anda?" , saya yakin majoriti mereka tidaklah akan menjawab Asyairah mahupun Maturidiah. Ini membawa bukti bahawa majoriti malaysia hny terikut dgn ajaran islam adat semata-mata.
3. Malaysia juga berpegang kpd berberapa dripd pandangan Ibnu Taimiyah. Contohnya dalam hal perbankan Islam. Jika kitab beliau ditolak, maka segala fatwa yg sependapat dgn Ibnu Taimiyah juga harus lah diteliti semula.
4. Kitab Ibnu Taimiyah bukannya punca perpecahan. Kita semua tahu bahawa perpecahan bukanlah kerana kitab itu adalah penulisan seseorang individu. Tetapi, perpecahan adalah kerana kurangnya adab org2 kita apabila berbeza pandangan. Mula lah provokasi dripd sebelah pihak dan sebelah lagi pula termakan dgn provokasi tersebut. Tidak ada kaitan dgn asbab penulis kitab adalah Ibnu Taimiyah. Maka kita hendaklah menjaga adab jika berlaku perbezaan pendapat.
5. Sifat 20 sememangnya bukan dtg dari Nabi Muhammad SAW. Tidak wajib berpegang kpd ia. Yang sahih ajaran Rasulullah SAW adalah 99 Nama Allah.. 99 nama itu adalah Nama dan sekaligus juga sebagai sifat Allah SWT. Maka tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yg menolak pandangan sifat 20.
Kesimpulan:-
Pengharaman kitab Ibnu Taimiyah adalah kesilapan yg sgt besar. Diminta penilaian terhadap kitab Ibnu Taimiyah diteliti semula dan penilaian itu tidak berat kepada sesuatu kelompok pandangan. Rakyat Malaysia haruslah menjaga adab jika berlaku berbezaan pendapat.
Wallahualam
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment