OLEH: Taufiq Tuah
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ
“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk Syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.”
[Ali ‘Imran/3: 142]
Dini hari, perkataan jihad di salah erti. Yang menyebut tentang jihad akan digelar pengganas. Idea ini terus menjurus kepada 'Islamophobia' iaitu sifat takut kepada org Islam.
Namun bukan ingin diketengahkan Islamophobia, tetapi ingin disentuh disini tentang 'Jihadiphobia' di kalangan umat Islam sendiri.
Ada sesetengah golongan yg memahami jihad dengan fahaman yg agak radikal. Kononnya memerangi org kafir kerana akidah mereka yg terpesong. Kemudian menggunakan hujah Imam Asy-Syafie untuk membenarkan perlakuan mereka.
Kita memahami tentang Khilaf, apakah sbb utama org kafir itu diperangi? Imam Asy-Syafie R.A mengatakan sebab akidah mereka.
Adapun ulama selain baginda dan setaraf dgn baginda mengatakan bahawa org kafir itu diperangi kerana mereka memerangi kita.
Maka muncul lah istilah 'Kafir Harbi' iaitu kafir yg memudaratkan dan memerangi Islam.
Pada zaman ini, maka yg plg sesuai untuk di adaptasi ialah pandangan yg mana kafir itu diperangi apabila mereka bergelar Kafir Harbi sahaja. Adapun yg belum bergelar harbi, tidak halal bagi muslim untuk membunuh mereka.
Kafir harbi yg disepakati pada zaman ini hanyalah kafir drpd Regime Zionist. Adapun kafir yg duduk bersama di dalam negara org Islam, maka tidak dikira sebagai kafir harbi.
Namun tidak dapat disangkal bahawa ada Kafir yg duduk sekampung dengan kita, sering mempersendakan agama Islam dan mempersoalkan hak-hak Islam di dalam negara kita. Mereka kadang kala berkempen dan menyuarakan pandangan mereka di mahkamah dan parlimen. Mereka membuat video malah menulis artikel dan buku bagi menzahirkan permusuhan mereka terhadap Islam.

Bagi golongan ini, membunuh mereka bukanlah penyelesaiannya. Apabila mereka memerangi kita dengan penyebaran idea dan mahkamah, maka kita juga perlu memerangi mereka setaraf dgn itu. Oleh itu kita juga perlu giat memperjelaskan makna Islam dan juga giat memperjuangkan Islam di dalam undang2.
Mengangkat senjata hanya berlaku apabila org kafir yg memulakan untuk mengangkat senjata.
Salah faham tentang 'jihad' haruslah diperjelaskan kepada umat. Semoga perkataan 'Jihadiphobia' lenyap sekaligus menamatkan agenda 'Islamophobia' di dunia global.
Wallahualam
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment