Persoalan Ilmu Silat Dan Syirik

OLEH: Taufiq Tuah

Sering bermain di dalam kepala setiap insan yg bergelar Melayu, "Boleh kah kita bermain dan belajar Silat?"

Silat ialah ilmu pertahanan diri Nusantara. Ia merupakan ilmu turun temurun tentang seni tempur atau seni pertahanan. Silat juga mempunyai banyak gayanya. Antara yang terkenal ialah Silat Gayong.

Tidak menjadi kesalahan bagi seorang Muslim untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri. Malah, Islam juga perlukan kemahiran tempur terutamanya apabila berhadapan dengan perperangan. Maka terkenal lah tokoh Persis Saidina Umar Al-Khatab R.A dan Khalid Al-Walid yg handal mengadaptasi pedang.

Harus diperingatkan, ilmu pertahanankan diri itu haruslah tidak menyanggahi syarak dan tidak berlanggar dengan akidah.

Adapun sesetengah ritual persilatan (pada sesetengah kumpulan silat) telah pun menyanggahi Islam. Seperti mana anak murid yang perlu menelan ludah gurunya, bertapa di bawah air terjun atau di dalam gua. Apakah mereka berzikir sahaja ketika bertapa tetapi tidak solat?

Ada juga yg perlu mengamalkan bacaan-bacaan tertentu sebagai jampi. Ada bacaan Jawa dan Melayu yg perlu dihafal dn diamalkan bagi para pesilat. Ada juga kumpulan silat yg mengamalkan zikir2 yang tidak pernah thabit dari Nabi Muhammad SAW. Malah ada mereka yang menggunakan nama Nabi Sulaiman, Nabi Khidir dan nabi2 tertentu untuk meminta berkat.

Juga sesetengah kumpulan silat mengamalkan memakan bunga dan bermandi bunga dengan harapan mendapat kekuatan tertentu ataupun dijauhkan sial. Hal ini juga merupakan tanda-tanda syirik.

Juga tidak lupa pada kumpulan silat yg menggunakan sihir secara terang-terangan. Lebih dikhuatiri apabila mereka menganggap bahawa sihir itu sebagai Karomah.

Maka sesiapa sahaja yg belajar ilmu pertahanan diri, perlulah menjauhi daripada hal2 serong tersebut.

Semoga para pesilat mulai berwaspada jika ada perbuatan syirik dan menyanggahi Islam di dalam ilmu tersebut. Wallahualam
(Bukan semua kumpulan silat mengamalkan amalan syirik dan menyanggahi Islam)

___________________________
       Taufiq Tuah
       ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments

Post a Comment