OLEH: Taufiq Tuah
❓Adakah boleh seseorang itu mimpi bertemu Rasulullah SAW?
🔴Jawapan: Benar, seseorang sememangnya mampu untuk bertemu Rasulullah SAW dlm mimpi mereka. Kerana seekor jin tidak boleh menjelma sebagai para anbiya, maka jika ada kelihatan jasad di dalam mimpi ada kemungkinan bahawa itu ialah Rasulullah SAW.
Namun, kadangkala Rasulullah SAW yg ada dlm mimpi kita itu bukanlah Rasulullah SAW terutamanya apabila fizikal gerangan yg kita lihat itu tidak sama seperti apa yg digambarkan dalam hadis.
Misalnya, di dalam mimpi itu kita ternampak Rasulullah SAW namun perutnya buncit. Maka dapat disimpulkan bahawa itu bukanlah Rasulullah SAW.
Bagi yg melihat Rasulullah SAW persis org alim juga haruslah berhati-hati kerana jin sememangnya tidak boleh menyerupai anbiya, tetapi jin boleh menyerupai org soleh.
Jin boleh menjelma sebagai seorang manusia beeserban dan berjubah putih dan kelihatan tawadhuk di dalam mimpi kita. Kadang kala kita mengatakan kita jumpa Rasulullah SAW padahal ia hanya jelmaan jin sebagai org soleh.
Bagi mereka yg benar-benar mimpi berjumpa dan bercakap Rasulullah SAW, maka apa sahaja perbualan itu tidak boleh sekali-kali menjadi wahyu dalam agama. Dan tidak boleh juga menjadi dalil baru dalam agama..
Insan yg pernah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW juga tidak sepatutnya memberitahu org lain tentang mimpinya itu. Ini bagi menjaga hati daripada riak dan menahan diri daripada perbuatan mereka cerita.
Betapa ramai tok sheikh pada hari ini yg mengaku pernah berjumpa Rasulullah SAW dalam mimpi, kemudian mendapat pengaruh yg ramai. Maka tok sheikh itu pun membentuk kumpulan tarekat baru dgn ajaran2 baru berdasarkan mimpi yg kononnya pernah berjumpa Rasulullah SAW.
Dini hari, ada pula golongan yg mempergunakan nama Rasulullah SAW untuk melariskan perniagaan. Dengan meletakkan papan tanda "penjahit baju ini pernah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW".
Betapa rendah martabat Rasulullah SAW jika mereka mainkan seperti itu. Nauzubillah minzalik. Semoga dijauhi kita dari sifat tidak bertanggungjawab itu.
Kesimpulan, mimpi bertemu Rasulullah SAW itu mampu terjadi, tetapi bukan mudah. Jika ada dapat mimpi tersebut, seeloknya tidaklah disebar-sebarkan kepada awam.
Wallahualam
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment