OLEH: Taufiq Tuah
Menjadi kebiasaan orang2 kita apabila mendengar kematian akan menyebut "Al-Fatihah".
Kononnya, dengan menyebut seperti itu maka orang disekeliling akan teringat untuk mensedekahkan Surah Al-Fatihah kepada arwah.
Apakah sampai sedekah Al-Fatihah kepada arwah?
Jika diteliti akan Al-Quran dan Hadis Sahih, maka dapat kita ketahui bahawa tiadalah walau satupun ayat yg mengatakan bacaan Al-Fatihah kita akan sampai kepada arwah. Malah tidak ada apapun ibadah yang kita kerjakan dapat disedekahkan kepada arwah.. Iaitu juga termasuk lah kenduri tahlil dan kenduri yasin kematian.
(Mengerjakan haji untuk kerabat yang kematian mempunyai dalilnya sendiri)
Dalil bagi menguatkan lagi hujah ini ialah,
“Maka pada hari itu seseorang tidak akan dirugikan sedikitpun dan kamu tidak dibalasi, kecuali dengan apa yang telah kamu kerjakan.
(QS Yasin [36]:54)
Maksud dalil di atas ialah apa yang kita buat, pahala/dosanya tidak ditanggung oleh orang lain.
Misal, Ahmad mengerjakan solat Dhuha, adakah Mail yang akan mendapat pahalanya??
Sudah tentulah tidak kerana yang mengerjakan ibadah itu ialah Ahmad.
![]() |
| Gambar via -almukhlisin- |
Jadi Ahmad mengerjakan solat Dhuha, adakah arwah Mail akan mendapat pahalanya?
Tidak. Jika dikala Mail hidup pun Mail tidak berhak mendapat pahala itu, sehingga setelah meninggal dunia juga tetap tidak mendapat pahala yang sama.
Maka sebagai waris yg masih hidup, sebenarnya tidak perlulah kita membuat kenduri tahlil kepada yg telah pergi. Tetapi, tidak pula menjadi masalah kepada kita untuk mendoakan kebaikan arwah.
Wallahualam.
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment