Pertembungan Antara Kelompok Alami Dan Saadiyani

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Menurut salah seorang sahabat yang tinggal di Sabah yang melazimi Jamaah Tabligh (JT) - ketika berwisata sebulan di KK pada tahun 2017 - telah wujud dua kelompok dalam tubuh jamaah ini. Beliau sebutkan sebagai aliran Alami (aliran Dunia) dan Nizamuddin (aliran Madrasah Nizamuddin).

Namun yang lebih tepat mengikut laporan antarabangsa adalah kelompok Alami dan Saadiyani, dua kelompok yang muncul sesudah Amir keempat, Maulana Zubair ul Hasan wafat pada 2014.

Kelompok Alami atau Kelompok Dunia merujuk kepada kelompok besar JT dimana mereka merupakan pengikut amer terdahulu iaitu Maulana Zubair ul Hasan. Mereka digambarkan sebagai golongan yang cuba melestarikan praktek yang sedia ada, yang telah dijalani oleh pendahulu mereka.

Maulana Zubair ul Hasan adalah anak kepada amir ketiga JT iaitu Maulana Inamul Hasan Khandahlawi yang merupakan menantu kepada Maulana Zakariya Khandahlawi (pengarang kitab Fadhail Amal atau jodol asalnya Tablighun Nishab).

Manakala pengikut Maulana Saad bin Harun Khandahlawi digelar sebagai Saadiyani yang semakin berkembang pesat setiap hari, dikatakan berusaha untuk mengubah beberapa praktek dan keyakinan yang selama ini tersilap atau tidak tepat.

Beliau adalah cicit Maulana Muhammad Ilyas, pendiri JT sekaligus amir pertamanya. Khabarnya Maulana Saad sempat menjadi Ketua Majlis Syura (dewan penasihat) JT.

Dalam hal ini, ada pandangan yang menganggap Maulana Saad ingin melakukan usaha 'tasfiyah' agar ajaran JT termasuk kitab-kitab utama dibersihkan dari hadis dhaif serta kisah maudhu. Wallahu'alam, kerana ini hanyalah khabar orang.

Sempat fatwa rasmi dari Darul Ifta Deobandi diluncurkan yang secara jelas menyesatkan Maulana Saad Al Khandahlawi. Fatwa dalam bahasa Urdu ini diterjemahkan oleh web Deoband Online seperti berikut:

"Maulana Muhammed Saad Saheb Khandhelwi Saheb, kerana kurangnya ilmu pengetahuan telah menyimpang dari jalan majoriti Ulama Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dalam pemikiran nya dan penjelasannya tentang Al Qur'an dan Hadis, yang tidak diragukan lagi adalah jalan penyimpangan. Oleh kerana itu, berdiam diri tidak dapat diterapkan dalam hal-hal ini, kerana meskipun pemikiran-pemikiran ini adalah milik satu orang, mereka (pemikiran ini) menyebar dengan sangat cepat di antara masyarakat umum" (Darul Uloom Deoband's Stand About Maulana Saad Kandhlawi of Tabligh, Deoband Online)

**********

Amir Pertama
Maulana Ilyas Khandahlawi
|
|
Amir Kedua
Maulana Yusuf bin Ilyas Khandahlawi
|
|
Amir Ketiga
Maulana Inamul Hasan Khandahlawi
|
|
Amir Keempat
Maulana Zubair ul Hasan bin Inamul Hasan

**********

Pada zaman Maulana Inamul Hasan, beliau telah mewujudkan Majlis Syura dan melantik 8 orang sebagai ahlinya iaitu:

(1) Maulana Said Ahmad Khan
(2) Maulana Izhar
(3) Maulana Umar Palampuri
(4) Maulana Mufti Zainal Abidin
(5) Hj Abdul Wahab
(6) Maulana Zubairul Hasan
(7) Hj Muqit
(8) Bhai Afzal


Kemudian atas usuan orang lama maka ahli Majlis Syura dilengkapkan menjadi 10 dengan dilantik lagi 2 orang ahli iaitu:

(1) Miaji Mehrab
(2) Maulana Saad Kandahlawi



Pada 2015, sesudah 8 orang ahli Majlis Syura meninggal dunia maka digantikan dengan orang lain dan jumlahnya menjadi 13 orang:

(1) Muhtaram Hj Abdul Wahab (Raiwind)
(2) Maulana Saad Kandahlawi (Nizamudin)
(3) Maulana Ibrahim Dewla (Nizamudin)
(4) Maulana Yaakob (Nizamudin)
(5) Maulana Ahmad Lat (Nizamudin)
(6) Maulana Zuhairul Hasan (Nizamudin)
(7) Maulana Nazrur Rahman (Raiwind)
(8) Maulana Abdurahman (Raiwind)
(9) Maulana Ubaidullah Khursyid (Raiwind)
(10) Maulana Ziaul Haq (Raiwind)
(11) Qari Zubair (Kakrail)
(12) Maulana Rabiul Haq (Kakrail)
(13) Bhai Wasiful Islam (Kakrail)

Dari hirarki kedudukan dalam Majlis Syura Alami, Maulana Saad merupakan adalah yang terkanan sesudah H. Abdul Wahab Sab yabg merupakan Ketua Majlis Syura Alami.

Kembali kepada video pertelagahan yang mengakibatkan satu kematian di Ijtima' Bishwa, Tongi, Bangladesh; membuktikan keganasan itu boleh wujud di mana-mana sahaja hatta dalam Jamaah Tabligh yang selama ini dikatakan cukup damai.

Dan keganasan telah berlaku beberapa kali sebelum ini namun tidak diketahui secara meluas, mungkin kerana tidak dirakam.

Jika sebelum ini ada pihak di Malaysia yang menganjurkan masyarakat menjalani praktek sufi atas aksiom bahawa Sufi itu mendamaikan dan anti keganasan, maka peristiwa-peristiwa yang terjadi semasa ijtima' JT adalah satu hujah pemati. Itu belom lagi diselidiki beberapa jamaah teroris yang tersenarai dalam kaunter teroris yang sebenarnya menganut faham sufi.

Justeru, keganasan itu boleh wujud dimana sahaja, tanpa mengira jamaah, mazhab, agama dan bangsa.

Ayuh, hentikan keganasan bersama-sama.

Rujukan:

(1) https://www.dhakatribune.com/…/tabligh-jamaat-s-factional-c…
(2) https://www.dhakatribune.com/…/tabligh-jamaat-torn-apart-i…/
(3) http://www.deoband.net/…/darul-uloom-deobands-fatwa-about-m…
(4) http://www.deoband.net/…/clarification-of-darul-uloom-deoba…



___________________________
Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments