OLEH: Taufiq Tuah
Poligami ialah seorang lelaki yang mempunyai lebih dari seorang Isteri. Kebiasaannya lelaki sering menjadikan isu poligami sebagai isu sendaan kepada isteri mereka. Malah, ada juga daripada sendaan mereka yang akhirnya benar-benar terjadi menjadikan si suami akan tersenyum lebar. Tahukah anda, sebenarnya ada cara untuk isteri memenangi isu sendaan ini.
1. ADIL
Poligami sememangnya ada dalam sunnah. Hal ini juga disyariatkan kerana Surah An-Nisa ayat 3,
"........maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi dua, tiga, atau empat......"
Maka tuntutan awalnya ialah, untuk berkahwin lebih dari satu. Namun sambungan ayat ini ialah syaratnya iaitu,
"......Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang saja......"
Maka sebenarnya isteri memainkan peranan untuk menasihati suami supaya tidak berpoligami jika diketahui suaminya bukan jenis adil.
2. MAMPU
"....kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada isteri yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain seperti tergantung…”
(Surah An-Nisa: 129)
Mampu antaranya ialah bermaksud mampu berlaku adil. Isteri pertama perlulah diberikan tempat berlindung (rumah), begitu juga dengan isteri kedua. Juga memberikan nafkah seperti barang dapur dan pakian, semua isteri juga mesti cukup kelengkapan-kelengkapan ini.
Jika merasakan GST dan minyak naik juga sebagai satu bebanan besar, maka rasanya belum mampu lah untuk membelikan sebiji lagi rumah untuk isteri akan datang dan suami perlu berfikir kembali untuk berpoligami.
3. ADAB
Suami perlu menjaga hati isteri-isterinya. Jika dengan isteri muda boleh dibukakan pintu kereta sebelum masuk, maka isteri tua juga perlu dibuat hal yg sama.
Jangan menunjukkan kasih sayang secara melampau terhadap isteri muda di hadapan isteri tua jika ia bakal menaikkan sikap cemburu yang akhirnya mengeruhkan keadaan. Begitu juga sebaliknya kepada isteri tua.
Ibnu Sirin berkata, “Makruh suami berwudhuk di rumah salah seorang isterinya tetapi tidak melakukan hal yang sama di rumah isterinya yang lain.”
Jika hal-hal diatas dirasakan tidak dapat ditepati, maka cukuplah dengan berkahwin seorang sahaja.
4. PAYUNG EMAS
Hadis-hadis berkenaan isteri yang memberi suami berpoligami akan diberi payung emas di dalam syurga ialah hadis-hadis palsu. Ada juga yang mengatakan bakal mendapat bayi emas, hadis tersebut juga merupakan hadis palsu dan haram berperang kepada hadis ini.
5. POLIGAMI IALAH SUNNAH
Poligami ialah sunnah, tiada bantahan dan ia jelas di dalam Al-Quran. Namun secara sedar atau tidak sedar, Monogami (berkahwin seorang) juga merupakan sunnah kerana Rasulullah SAW juga pernah bermonogami.
Rasulullah SAW hanya mempunyai seorang isteri ketika berkahwin dengan Khadijah.Rasulullah SAW berkahwin dengan Saudah (isteri kedua) hanya selepas Khadijah wafat. Hal ini menunjukkan monogami juga mempunyai contoh daripada Rasulullah SAW.
6. KESIMPULAN
Poligami ialah dituntut kerana dalil Surah An-Nisa ayat 3. Namun di dalam ayat yang sama menerangkan, jika tidak mampu berlaku adil atau kesihatan maka disyariatkan pula kepada mereka untuk berkahwin seorang.
Sunnah berpoligami bagi suami yang berlaku adil dan mampu.
Jika suami yg tidak mampu dan tidak berlaku adil, maka lebih utama pula kepada mereka untuk hanya bermonogami.
Wallahualam.
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment