OLEH: Taufiq Tuah
Nusantara ini sejak dahulu lagi dikenali sebagai kawasan dominan Ahli Sunnah mazhab Imam Syafie Rahimahumullah. Begitulah perungkaian mazhab kita di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Filipina dan Timor Leste.
Masyarakat menganggap apa sahaja kebiasaan adat kita ialah berlandaskan mazhab Imam Syafie Rahimahumullah.
Apa itu taklid?
Taklid ialah mengambil sesuatu pandangan ulama TANPA mengetahui dalil ataupun hujah ulama tersebut.
Oleh itu, taklid mungkin sesuai kepada mereka yg tidak ada banyak peluang untuk belajar ilmu agama. Mungkin kerana tidak sempat, atau kerana tidak tahu cara untuk mencari hujah ulama tersebut. Bagi mereka yg taklid, ingin diperingatkan bahawa pendapat yg dipegang ialah tanpa pengetahuan dari segi hujah atau dalil. Jika benar mereka menuntut ilmu, ilmu yg diterima hanyalah daripada satu pandangan sahaja dan konsisten dengan pandangan itu menjadi pegangan.
Bagi Muslim yg rajin, mereka akan belajar mazhab setempat dalam masa yg sama akan menimba ilmu juga drpd mazhab imam muktabar yg lainnya.
Hal ini sebenarnya tidaklah menambah kekeliruan dalam masyarakat kerana, mereka menimba ilmu.
Adakah menimba ilmu akan mengelirukan seseorang ataupun seseorang akan terkeliru apabila tidak menimba ilmu?
Maka menimba ilmu pelbagai mazhab sebenarnya tidaklah mengelirukan seperti dakwaan sesetengah orang. Malah, kepelbagaian pandangan ini akan membuka minda Muslim apabila hujah2 dan dalil2 mereka yg teliti.
4 mazhab ahli sunnah muktabar kesemuanya alim. Namun demi Allah, mereka semuanya tidak ada yg sempurna. Pasti ada kelemahan pada diri mereka kerana yg maksum hanyalah Rasulullah SAW.
Maka mungkin dalam berberapa bab, hujah Imam Syafie lebih tepat dan dalam berberapa bab lain, Imam Hanafi lebih kuat dan begitu juga bab2 lain. Malah ada juga bab yg sesama mazhab ini sama pandangannya.
Apabila bertembung dua mazhab berbeza, adakah perlu taklid dengan mazhab Syafie?
Tidak. Hal ini kerana hujah2 mereka perlu kita teliti. Apabila mazhab Hanafi memberi hujah yg lebih kuat, maka kita tidak boleh mengenepikan hujah itu. Malah, dianjurkan untuk memegang pandangannya dalam isu itu. Namun apabila Imam Syafie lebih kuat dalam bab lain, maka peganglah pula pada mazhab Syafie di bab tersebut.
Apakah formulanya?
Bukan memilih nama Imam yang kita suka, tetapi memilih hujah yg mana lebih sahih.
Belapang dada dalam isu ini, insyaallah kita akan lebih matang dalam memilih hujah.
Wallahualam
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment