Sebab Perbezaan Pandangan Mazhab

OLEH: Taufiq Tuah

Bagaimana boleh setiap mazhab itu berbeza tetapi mereka semua benar dan tiada diantara mereka yg salah?

Ketika Rasulullah SAW hidup, para sahabat menyaksikan pergerakan Nabi SAW. Ada sahabat yg sering berdamping dgn nabi, ada yg kadang2 sahaja berpeluang dgn nabi.

Contoh bab solat, ada sahabat yg melihat Rasulullah SAW solat memakai alas kaki. Ada yang lihat tidak berlapik kakinya. 2 keadaan solat yg berbeza, yg mana satu yg benar? Kedua-duanya ialah benar kerana memang Rasulullah pernah solat dgn memakai alas kaki, dan tidak semua sahabat pernah melihat nabi memakai alas kaki ketika solat.

begitu juga dgn bab2 lain, mungkin saja jadi
Sahabat A tidak pernah mendengar sesuatu hadis.
Sahabat B pernah mendengar hadis ini.

Setelah Nabi SAW wafat, para tabien belajar ilmu Islam dari para sahabat. Yang belajar dgn Sahabat A sahaja mungkin tidak akan mendapat hadis yg sama yg dgn yg belajar dgn Sahabat B. Oleh sebab itu kebiasaan tabien akn cuba belajar dari semua sahabat dn bukan belajar dgn seorang dua guru sahaja.

Begitulah sistem penyampian hadis sehingga lah pada zaman di mana ulama mula menulis kitab fiqh berdasarkn hadis yg diketahui. Dan kitab itu pula menjadi pegangan oleh pengaruhnya. Sehingga berberapa kurun, maka muncul lah mazhab yg berbeza-beza pandangannya kerana pemahaman hadis, dan penerimaan hadis yg berbeza beza.

Wallahualam.

___________________________
  Taufiq Tuah
  ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments