Sebati Syiah Dan Nusantara

OLEH: Taufiq Tuah

Orang-orang di Nusantara sering menjadikan hal-hal agama sebagai adat. Banyak perkara agama yang telah diserap untuk dijadikan adat seperti memakan pulut kuning, mengukir inai di jari dan berpelamin. Perkara-perkara ini ialah perkara yang diserap daripada agama Hindu memandangkan orang-orang Nusantara pada awalnya menganuti agama Hindu Budha.

Setelah Islam masuk ke dalam Nusantara, banyak juga hal-hal yang kononnya terkait dengan Islam telah pun dijadikan adat. Malangnya, Islam yang awal memasuki Nusantara ialah Islam yang berfahaman Syiah.

Sejarah membuktikan bahawa empayar Islam pertama di Nusantara ialah Kerajaan Perlak. Kerajaan ini mendapat pengaruh daripada Empayar Fatimiah (empayar Syiah yang telah dikalahkan oleh Salahuddin Al-Ayubi) . Syiah sampai ke Perlak pada abad ke 8 Masihi dan berkuasa ke atas kerajaan itu.

Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah agak terlambat memasuki Nusantara dan Bani Abasyiah tidak pernah membuat sebarang hubungan besar-besaran dengan Nusantara. Walaubagaimana pun, Kerajaan Perlak telah dikuasai oleh pembesar yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah pada tahun 928.

Maka, ajaran Syiah mendapat masa anggaran seratus tahun untuk menyebarkan fahamannya di Nusantara. Malah, ramai antara penagnut Hindu Budha memeluk yang memeluk Islam Syiah pada waktu itu.

Khalifah Uthmaniah juga agak terlambat untuk berhubungan dengan Nusantara. Uthmaniah berhubung baik dengan Johor pada abad ke 14 Masihi. Samudera Pasai pula berhubung dengan Uthmaniah pada tahun 1537. Uthmaniah berhubungan dengan Temasik (Singapura) pula pada tahun 1864 dan dengan Batavia (Jakarta) pula pada 1883. Telah berapa ribu tahun kemudian barulah khalifah Islam mula membuat hubungan rasmi dengan Nusantara.

Walisongo pula muncul pada abad ke 14 Masihi.

Bukti-bukti penemuan tamadun Islam Nusantara juga direkodkan pada tahun selepas abad ke 8 Masihi. Batu Nisan Champa dan Batu Nisan Gresik di Jawa direkodkan pada 11 Masihi manakala Batu Bersurat Terengganu pula direkodkan pada tahun 1303.

Melaka menjadi pusat penyebaran Islam pula pada abad ke 15 Masihi.

Sejarah pembersihan Syiah di Nusantara bermula pada tahun 1268 Masihi apabila Kerajaan Fatimiah di Mesir telah jatuh. Maka Kerajaan Dinasti Mamluk di Mesir telah menghantar ulama untuk menyebarkan ajaran Islam yang sebenar di Timur Sumatera. Dek kiriman itu, pemerintah kerajaan Pasai telah memeluk Islam (Ahli Sunnah) .

Walaupun begitu, tidak mustahil wujud kelompok Ahli Sunnah di Nusantara sebelum dari 8 Masihi. Tetapi sejarah telah menunjukkan bahawa Syiah mendapat pengaruh di Nusantara dengan cukup lama. Maka tidak mustahil adanya ibadat dan ajaran Syiah yang telah diserap dan dijadikan adat orang-orang Nusantara. Hal yang sama juga dibuat oleh orang-orang Nusantara ketika dipengaruhi Hindu Budha.

Contoh ajaran-ajaran Syiah yang telah menjadi adat orang Nusantara ialah,

1. Membina binaan di atas kubur.
2. Memuja tokoh-tokoh tertentu.
3. Memuja ahlul bait secara berlebihan.
4. Membuat Bubur Syura di Hari Asyurah.
5. Menyanyi sambil berzikir.
6. Menyambut Maulud Nabi.

dan banyak lagi...
Harap para pembaca akan cuba cari adat-adat yang lain.

Dengan ini, ada segelintir golongan yang mula mengakui diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah, tetapi membuat perkara-perkara berikut atas nama 'tarekat' yang mereka ikuti.


Ada juga yang menyorok di balik nama Ahli Sunnah sebagaimana golongan Ahbash.
Dan ada juga yang ikutan mereka ibarat menggabungkan di antara Ahli Sunnah dan Syiah seperti dan mereka menggelar diri mereka sebagai Sufi. Adapun penulis sendiri tidak merasakan orang-orang Sufi patut melakukan hal sedemikian. Mungkin bukan semua golongan Sufi mempunyai idealogi yang sama.


Sebagai Muslim di Nusantara, maka kita sepatutnya lebih cakna dengan adat yang kita ikuti. Mungkin ia dari pengaruh Hindu Budha, atau mungkin ia pengaruh Syiah. Tapis kembali kehidupan dan persekitaran kita dan terus jadikan Islam sebagai cara hidup.

Wallahualam.



___________________________
    Taufiq Tuah
     ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments