Sifat Tawaquf

OLEH: Taufiq Tuah

Tawaquf ialah sifat berkecuali dalam sesuatu hal. Sifat ini ialah sifat yg perlu ada kepada kita supaya kita tidak memandai-mandai dalam berkatakan sesuatu isu.

Misal, terdengar khabar angin tentang kezaliman Fulan membunuh anaknya. Kisah itu tersebar di serata kampung. Namun apabila kita tidak melihat dan tidak dapat untuk membuktikan khabar angin itu maka perlu bagi kita untuk bertawaquf sehinggalah telah terzahir bukti nyata khabar angin tersebut.

Bertawaquf dalam situasi diatas bermaksud berkecuali dalam mempercayainya dan berkecuali dalam menyebarkan khabar itu.

Hal ini bertepatan dengan firman Allah,

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki ilmunya sesungguhnya pendengaran, pengelihatan, dan hati seluruhnya itu akan ditanya tentangnya” 
[Surah Al Isra:36]

Sifat tawaquf juga ada di dalam menentukan hukum Islam. Misalnya apabila seorang ustaz dipertanyakan sesuatu khilaf hukum yg ustaz tersebut tidak mampu menentukan hujah mana yg lebih baik. Maka perlu baginya untuk berkata "Saya bertawaquf dalam masalah ini ".

Apabila kita memilih untuk bertawaquf, kita masih juga perlu mencari hujah yg lebih baik diantara khilaf itu. Perlu meneliti dalil dan nas yg mampu mengukuhkan mana2 hujah dan membandingkn yg mana yg lebih baik.

Hal ini kerana kita tidak mahu bertawaquf tanpa berusaha untuk meneliti bab tersebut. Jika kita hanya mengambil sikap seperti itu, maka terzahir di dalam diri kita sifat acuh tak acuh. Malah, persoalan tentang "hal yg mana lebih sahih?" itu akan terus menjadi tanda tanya.

Wallahualm


___________________________
       Taufiq Tuah
       ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments