OLEH: Taufiq Tuah
Wahyu solat lima waktu ini sgtlah unik kerana ia satu-satunya wahyu dimana Rasulullah SAW menerimanya dengan naik ke langit (Lailatul Qadr).
Solat mempunyai 13 rukun yg harus dijalankan dengan tertib dan menghadap kiblat.
Kiblat umat Islam yg sama menandakan kesatuan hati Umat Islam dalam solat dan Kaabah sebagai kiblat menunjukkan Islam adalah rentetan dakwah daripada Nabi Ibrahim A.S.
Solat didirikan berjemaah menunjukkan bahawa betapa kuatnya hubungan Islam sesama Islam.
Solat di awal waktu memupuk Muslim untuk terus menepati dn menghargai masa.
Betapa besarnya hikmah solat keatas kita.
Namun, solat lah kita dengan sebaik-baik cara. Ini kerana amaran Allah SWT di dalam Al-Quran,
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ
Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat.
الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya,
(Surah Al-Maun : 4-5)
Sedangkan yg Solat pun tuhan boleh laknat, ini kan pula yg tidak solat. Celaan Allah SWT ini adalah kepada mereka yg lalai dlm mengerjakan solat.
Juga yg membezakan diantara kita dgn yg kufr adalah Solat.
Solatlah sebagaimana firman Allah SWT:
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآَتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ
“Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk'”
(Surah Al Baqarah : 43)
Wallahualam
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment