Tingkatan-Tingkatan Iman

OLEH: Taufiq Tuah

Telah menjadi sebutan kepada berberapa org kita yg mendakwa tokoh sekian pernah berjumpa dengan nabi atau pernah bercakap dengan tuhan.

Dakwaan-dakwaan ini sering kali didakwa oleh orang yang zahirnya seperti ahli dalam agama. Namun, apakah benar ada martabat2 untuk taraf iman seseorang?

mereka mendakwa bahawa iman yg biasa adalah iman orang awam, kemudian akan ada taraf di mana orang yang beribadah tidak mengharapkan balasan pahala, kemudian ada yang diberi Kashaf, karamah dan Ilmu Laduni.

Sehingga tahap yang lebih melampau apabila ada yang mengaku boleh berbicara dengan tuhan malah, ada yg mengaku telah bersatu dengan tuhan sebagaimana pandangan serong golongan Wahdatul Wujud.

Hakikat Iman
Iman bukanlah sesuatu yg boleh diukur dengan zahir. Tidak ada tanda pada dahi atau sifat mereka sehingga kita boleh tahu bahawa orang itu imannya tinggi atau tidak.

Iman bukan sesuatu yang kita boleh melihatnya kerana ia merupakan hal-hal kerohanian individu.

Karamah
Karamah adalah perkara luar biasa yg diberikan oleh Allah untuk hamba2 Nya yang soleh.

Hal ini juga ada tertulis di dalam Al-Quran apabila Allah menidurkan pemuda Ashabul Kahfi di selama beratus tahun. Ini juga termasuklah di dalam Karamah.

Namun, karamah yang tidak dituliskan di dalam AlQuran mahupun hadis sahih, maka tidak wajib bagi muslim untuk mempercayainya.

Terutamanya karamah yg melibatkan tokoh yg wujud selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Kashaf
Tidak mustahil bagi manusia untuk dikurniakan kashaf. Namun, apabila orang mendapat Kashaf, bukanlah bukti bahawa keimanannya tinggi.

Bagi yg benar mempunyai kashaf, janganlah menggunakan kelebihan itu untuk mendapatkan pengaruh.

Dr Sulaiman Nordin menulis dalam bukunya 'Sejarah Pemikiran 2' bahawa ia hanyalah rekaan orang sufi semata-mata. Wallahualam

Ilmu Laduni
Ilmu ini adalah persis ilmu milik Nabi Khidir A.S. Namun, ilmu ini sebenarnya merupakan mukjizat untuk Nabi Khidir A.S dan ilmu ini bukanlah ilmu yang boleh diwarisi.

Jika benar pun seseorang itu ada ilmu laduni, itu tetap bukanlah tanda keimanannya tinggi. Sebaik-baik manusia seperti Nabi Musa A.S pun tidak ada ilmu laduni. Adakah iman Nabi Musa  A.S tidak cukup tinggi setinggi mereka yg mendakwa mereka.ada ilmu laduni??
fikir-fikir kan.

Bersatu Dan Bercakap Dengan Tuhan
Ini persis pandangan serong Wahdatul Wujud yg mengaku boleh bersatu dengan tuhan.

Rasulullah SAW sendiri tidak pernah bersatu dengan Allah SWT dlm satu tubuh, maka siapakah lagi yg lebih layak untuk mengaku sedemikian?

Insyaallah kita akan membincangkan tentang Wahdatul Wujud dengan lebih terperinci di entri akan datang.  Insyaallah



TINGKATAN IMAN YANG BATIL

1. Syariat  - Orang awam

2. Tarekat  - Berguru dan berbaiat dengan guru tarekat

3. Hakikat  - Kononnya mengenali hakikat setiap ibadah (ada ibadah lain selain orang awam)

4. Makrifat  - Fana atau secara nyatanya, isim. Ada di antara mereka yang mendakwa tidak terikat lagi dengan syariat.

Tingkatan-tingkatan ini ialah ciptaan mereka yang tidak bertanggungjawab kononnya untuk mencapai iman yang tertinggi itu perlu sampai ke tahap Makrifat. Ini semua ialah tingkatan dan peringkat yang batil. Tidak pernah para sahabat diajar oleh Rasulullah SAW seperti ini.  Malah boleh pula mereka mendakwa "Aku sudah sampai Makrifat, kau syariat tidak akan faham apa yang aku kata". Akhirnya agama ini menjadi khas untuk dia sahaja dan ini lah musibah yang berlaku di antara orang-orang Nusantara.


TINGKATAN IMAN YANG SAHIH
1. Islam / Muslim  - Sesiapa sahaja yang bersyahadah
2. Iman / Mukmin  -  Mereka yang beriman
3. Ihsan / Mukhsin  - Kedudukan iman yang paling tinggi

Islam, Iman dan Ihsan ini ialah peringkat keimanan yang sahih. Apabila orang itu telah sampai ke 'Mukhsin', tetap juga mereka terikat dengan syariat. Mereka mengenali Islam sebagaimana Al-Quran dan hadis tanpa ada sebarang tokok tambah darinya.

Wallahualam

___________________________
      Taufiq Tuah
      ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments