OLEH: Taufiq Tuah
Bagi orang di Nusantara, menjadi kebisaan kita untuk membuka tingkap dan pintu rumah pada waktu pagi dan menutupnya pada waktu senja.
Di kampung, membuka pintu di beranda supaya memasukkan udara segar di dalam rumah. Di kota, mereka yg membuka pintu akan tetapi ada pagar besi yg memutupnya agar tidak dimasuki pencuri.
Juga Pada awalnya, mungkin saja kita anggap menutup tingkap waktu maghrib itu kerana waktu itu ialah waktu nyamuk aktif.
Hal menutup pintu ini bertepatan dengan suruhan Rasulullah SAW, riwayat Bukhari (5624):
أَطْفِئُوا الْمَصَابِيحَ إِذَا رَقَدْتُمْ وَغَلِّقُوا الْأَبْوَابَ وَأَوْكُوا الْأَسْقِيَةَ وَخَمِّرُوا الطَّعَامَ وَالشَّرَابَ
“matikanlah lampu-lampu kalian, jika kalian hendak tidur. Dan tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bejana serta wadah-wadah makan dan minum kalian”
Menunjukkan bahawa menutup pintu bukan sahaja kerana tidak mahu dimasuki pencuri atau haiwan, tetapi ia juga merupakan tuntutan dan berpahala melakukannya.
Wallahualam
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment