Wasiat Tempat Menguburkan Jenazah Selepas Meninggal Dunia

OLEH: Taufiq Tuah

Menjadi adat orang di nusantara iaitu sebelum kematian, telah mewasiatkan kepada waris untuk menguburkan jenazahnya bersebelahan dengan org tertentu.

"Nanti mak dah meninggal, tanam mak dekat sebelah kubur arwah ayah ya".

"Nanti ayah mati, kuburkan ayah dekat tanah dekat tepi simpang tu ya"

Adat ini menjadi kebiasaan bagi kita di nusantara. Kebiasaannya, diwasiatkan di tanam itu di sebelah org yg tersayang ataupun di suatu tempat yg sentimental buat dirinya.

Namun apakah pandangan Islam dalam hal ini?

Para sahabat Rasulullah SAW juga sebenarnya membuat hal yg sama. Saidina Umar R.A pada suatu ketika ditusuk pedang beracun oleh Abu Lu'luah ketika Saidina Umar sedang mengimami solat Subuh.

Asbab keparahan itu, baginda wafat berberapa hari kemudian. Sebelum baginda wafat, baginda telah meminta untuk dimakamkan jenazahnya disebelah Saidina Abu Bakr R.A. Saidatina Aisyah pada awalnya ingin tapak itu menjadi tempatnya kelak. Namun Saidatina Aisyah mengizinkan juga pemakaman itu.

Hal ini menunjukkan bahawa Saidina Umar R.A dan Saidatina Aisyah R.A juga mengamalkan budaya meminta waris mengebumikan dirinya ditempat tertentu. Maka hal ini tidaklah dilarang dan tidak lah pula.menjadi tuntutan.

Menjadi tidak boleh apabila ketika hidup kita telah mengkhaskan tapak perkuburan tertentu untuk ruangan bakal jenazah diri kita sendiri sehinggakan ada org lain yg memerlukan tempat itu tidak boleh mengambil tempatnya. Tanah perkuburan ialah milik wakaf dan tidak layak bagi sesiapa untuk 'cop' atau menempah sedemikian.

Wallahualam.

___________________________
  Taufiq Tuah
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments