Zikir Ringkas Hu Hu Hu

OLEH: Taufiq Tuah


Ada yg mengamalkan cara zikir ringkas.
Mereka hanye menyebut "Allahu Allahu Allahu" dan kemudian meringkaskan lagi menjadi "hu hu hu hu".

Dengan perkataan 'hu' itu menjadi zikir. Ada yg mengamalkan kaedah ini dengan cara nafas yg tertentu. Kononnya, ada martabat iman yg tertentu membenarkan zikir dengan cara ini dan kononnya ia merupakan zikir terbaik.

Hakikatnya, kaedah zikir seperti ini bukanlah datang dari Sunnah Nabi Muhammad SAW dan tidak juga datang dari para sahabat. Zikir seperti ini adalah ibadah yg baharu dan telah menyalahi sunnah.

Zikir yang diajar oleh Rasulullah SAW adalah seperti hadis di bawah,

"أَفْضَلُ الذِّكْرِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَفْضَلُ الدُّ عَاءِ الْحَمْدُ للهِ

Sebaik-baik zikir adalah (membaca) lâ ilâha illallâh. Dan sebaik-baik doa iaitu alhamdulillah" [HR. Al-Bukhari no.99]

Maka, tahlil 'lailahailallah' telah terbukti sebagai sebaik-baik zikir.

ADAKAH ZIKIR YANG KHAS UNTUK MARTABAT IMAN TERTENTU?

Sesungguhnya tidak ada perbezaan zikir diantara orang yg imannya lebih atau imannya kurang. Semuanya perlu berzikir dengan sebutan yg sama.

Jika zikir telah ditetapkan 'lailahailallah', maka seorang nelayan juga perlu berzikir seperti itu, seorang ustaz juga begitu, hatta mufti juga perlu berzikir seperti itu tanpa mengurangkan mana2 huruf dri perkataan zikir tersebut selagi mana tidak ada dalil sahih yg berkehendak sedemikian.

Wallahualam
___________________________
   Taufiq Tuah
    ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments