Hukum Akad Bai'ul 'Inah Di Dalam Perbankan Islam

OLEH: Saufy Jauhary

Kontroversi Malaysia dalam sistem perbankan Islam ialah dengan mengharuskan akad Bai'ul 'inah (jual kemudian membeli semula dgn harga yg rendah) sedangkan majoriti ulama dan mazhab termasuklah Hanafi,Maliki, dan Hanbali, serta Kesatuan Fiqh Antarabangsa Dan Majlis Syariah Perakaunan Dan Kewangan Islam (AAOIFI) serta hampir semua Majlis Penasihat Syariah bank-bank Islam di serata dunia telah sepakat untuk mengharamkannya.

Antara hujah pengharamannya ialah:

1)Seorang ibu bertanya kepada Aisyah r.anha:"Sesungguhnya aku telah menjual seorang hamba lelaki milik Zaid (bin Arqam) kepada 'Ato dgn Harga 8 ratus dirham,kemudian aku membelinya semula dgn harga 6 ratus dirham secara tunai.Aisyah r.anha berkata:"Buruk sekali cara jualbelimu itu.sampaikan kepada Zaid bahawa (Cara jual beli itu) telah membatalkan pahala jihadnya bersama Rasulullah s.a.w kecuali ia bertaubat." (HR al-Baihaqi & DaruQutni)

2)sebuah riwayat menyebutkan:"Apabila manusia mula menjadi bakhil dgn wang dinar atau dirhamnya,dan mula berjual beli secara al-'Inah dan sibuk  dgn pertanian dan perniagaannya sehingga meninggalkan jihad pd jalan Allah,nescaya Allah akan menurunkan bagi mereka bala,dan tidak akan diangkat bala tersebut sehinggalah mereka kembali kpd agama semula." (HR Ahmad)

3)Nabi s.a.w bersabda:"Apabila kamu berjual beli dgn cara al-'Inah, dan kamu mula lebih redha dgn perniagaan pertanian dan bercucuk tanaman sehingga meninggalkan jihad,lalu Allah akan menimpakan ke atasmu kehinaan dan tidak akan mencabutnya daripadamu sehinggalah kamu kembali kpd agamamu." (HR Abu Daud)

4)mengikut mazhab Maliki ianya haram kerana tergolong dlm pemberian pinjam dgn balasan riba.

5)mengikut para ulama mazhab kecuali Syafi'i: Bai'ul 'inah adalah jalan menuju kpd riba dan ia merupakan helah kpd pemberian pinjam dgn faedah tetapi menggunakan nama jual beli.

6)membenarkan al-'inah bermakna memandulkan sektor perbankan islam drp berusaha keras bagi mencari konsep dan kaedah yg lbh baik dan diterima ulama seluruh dunia.

7)pelaksanaan Bai'ul 'inah yg diaplikasikan oleh sektor di Malaysia khususnya tidak bersamaan dgn ijtihad Imam Syafi'i.beliau rahimahullah mensyaratkan agar niat pembelian semula tidak terzahir pd awal kontrak,namun aplikasi di Malaysia dan dokumen kontrak yg disediakan oleh bank membuktikan niat menjual dan membeli semula amat jelas terzahir pada awal kontrak melalui Master Facility Agreement yg bersifat mulzim (mengikat).



HUJAH YANG MENGHARUSKAN

*Ulama yg mengharuskan termasuklah al-Imam asy-Syafi'i.disokong oleh Ibn Hazm.Keputusan HARUS juga adalah daripada resolusi Majlis Penasihat Syriah Bank Negara Malaysia (Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islam,Bank Negara Malaysia,2007,hlm 27) dan juga Brunei.

1)Rasulullah menghantar seorang ke Khaibar dan pulang membawa tamar yg baik.Rasulullah bertanya:"Adakah semua tamar di Khaibar seperti ini?" Dia menjawab:"Tidak.tetapi kami menukar satu gantang tamar (yg baik) dgn dua gantang (yg tidak baik) dan dua gantang (yg baik) dgn tiga gantang (yg tidak baik)." Rasulullah bersabda:"Jangan buat begitu.(tetapi) jual keseluruhannya dgn dirham kemudian beli tamar yg baik dgn wang tersebut." (Muttafaq 'Alaih)

- Hadis ini menunjukkan dgn jelas penggunaan Helah yg diterima dlm Islam,dan ia mirip Bai'ul 'Inah iaitu jual dan beli semula bagi mengelakkan terjerumus dlm riba.

2)Riwayat Aisyah adlh pendapat peribadi Aisyah dan bukan daripada Rasulullah s.a.w.Selain itu,ia juga lemah dari sudut sanadnya kerana perawi bernama 'Aliah Bt Anfa adlh bertaraf Majhulah (tidak dikenali).Matan atau lafaz hadisnya itu juga ganjil kerana tidak mungkin Aisyah akan begitu yakin dgn terbatalnya pahala jihad Zaid hanya kerana ijtihad jual belinya.

3)Imam Syafi'i berkomentar tentang hadis Aisyah r.anha: "Kemungkinan Aisyah merasakan wujud silap dan aib pada jualan kpd al-'Ato kerana tempohnya tidak ditetapkan sedangkan Zaid ialah sahabat dan apabila mereka (dua sahabat) berkhilaf,mazhab kami merujuk kepada qias dan qias akan bersama pendapat dan tindakan Zaid (boleh jual beli spt al-'Inah),dan bagi kami,hadis ini tidak sabit daripada Aisyah r.anha."(lihat al-'Umm)

4)Tatacara jualbeli itu cukup semua syarat dan rukunnya,ia juga akad jualbeli yg terasing antara satu sama lain.niat kedua-dua mereka untuk menjual dan membeli semula tidak termasuk dlm pertimbangan hukum syariah.demikian hujah dlm mazhab syafi'i.

5)Disebabkan Maslahah, iaitu ia dikira sebagai satu kepentingan umum bagi jalan awal dlm memperkenalkan perbankan islam yg lebih sempurna.

6)Ia helah sebagai jalan keluar atau makhraj.terdapat 2 jenis helah dlm islam, iaitu yg diterima dan ditolak.Bai'ul 'Inah boleh dikategorikan sebagai helah yg diterima.(Bai'al -'Inah dan Tawarruq,Dr Engku Rabiah,Kertas Kerja Muzakarah Cendiakiawan Nusantara BNM 2006)

Wallahu a'lam.

Gambar via -detikislam-


___________________________
~Saufy Jauhary~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments