Wali Allah Dalam Hadis Qudsi Menyalahi Wali Sufi

OLEH: Abu Amru Radzi Othman


Nampaknya kaum sufi yang berkedok dalam Kelompok Asyaariyah - yang pemahaman ini disulap ke dalam manhaj tersebut pada zaman Al Qurayshi dan Al Ghazali - telah sengaja membuat takrifan melencong pada makna 'wali' bagi mengelabui mata penganut mazhab tersebut dan orang awam.

Wali yang sebenarnya adalah setiap kaum Muslimin yang beriman dan bertaqwa seperti kata Allah dalam Al Quran pada surah Yunus ayat 62-63, sehingga semua para Sahabat adalah wali sama ada punya karamah atau tidak.

Tapi kaum sufi memaksudkan wali itu adalah kaum mereka yang mendalami tasawuf sehingga punya keanehan luar biasa dan perkara ajaib yang mereka kata sebagai karamah.

Pelencongan ciri wali dibuat agar manusia menerima kebohongan mereka dan beriman dengan aqidah sesat mereka, lantaran mereka telah berjaya menanam sebuah postulat: "masakan insan yang dicintai Allah dan mereka juga mencintai Allah, sehingga Allah anugerahkan karamah, adalah manusia sesat dan pembawa ajaran salah".

Padahal tidak akan ada seorang wali pun yang telah wujud dan bakal wujud dari kelompok sufi. Allah sama sekali tidak mencintai kelompok sufi dan murka Allah selalu mengiring mereka. Tanpa cinta Allah maka mustahil wali akan tercipta.

Ini kerana sufi bukan dari Islam melainkan cedokan dari kerahiban majusi dan nasrani. Para Sahabat yang merupakan wali tertinggi dalam Islam langsung tidak pernah mengenal ajaran sufi maka apatah lagi mereka menjalani jejak tasawuf.

Bagaimana Allah akan redha dan cinta pada satu jalan yang Dia tidak beritakan kepada Rasulnya dan tidaklah Dia menerima upaya ketundukan tersebut walau dipersembahkan oleh mereka dengan hati yang tulus.

Sebaliknya Dia hanya menerima golongan yang mengikut arahannya dan beriman dengan keyakinan yang Dia ajarkan, lantas mereka itu adalah Wali yang sebenarnya.

Demikianlah sabda Nabi dalam Shahih Al Bukhari:
"Barang siap memusuhi salah seorang wali Ku maka Aku umumkan perang terhadapnya. Tidaklah seorang hamba Ku mendekatkan diri kepada Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai; kecuali dengan melaksanakan apa yang telah Aku fardukan kepadanya. Kemudian hambaKu dengan tiada mendekatkan diri kepada Ku dengan melaksanakan amal nawafil sehingga Aku mencintainya".

Lihatlah wahai Sahabat dan kaum muslimin, seluruh pencari kebenaran, bahawa Nabi menuturkan ciri wali itu paling dasarnya ada 3 iaitu:

(1) Wali melakukan amalan yang Allah suka dan cinta, bukan mereka-cipta amalan yang dia suka untuk dijadikan cara penyembahan kepada Allah.

(2) Wali melaksanakan syariat Islam dengan menunaikan segala kefarduan. Maka terbatal hujjah sufi bahawa Islam itu berupa beberapa tingkat sehingga ada isi dan kulit, ada maqam hakikat dan makrifat dan sebagainya; jika sampai maqam tertentu maka syariat tidak berlaku.

(3) Wali sentiasa melakukan amal yang menepati sunnah Nabi, bukan mereka-cipta amal baharu.

Nampak dengan jelas bahawa pemahaman sufi terhadap wali sangat berbeza dengan pemahaman Ahlul Sunnah. Kerana itu tidak ada seorang pun dari Imam Mujtahid pendiri mazhab yang menjadi Sufi. Malah tidak ada seorang pun penulis Sunan Sittah yang menekuni tasawuf.

Ketahuilah hanya orang yang menegakkan segala kefarduan yang Allah bebankan dan menunaikan segala amal nawafil akan sah menjadi wali.

Dimana kefarduan pertama adalah menegakkan keyakinan dan kepercayaan yang shahih lagi benar. Menanam dalam kalbu akan aqidah yang dibawa oleh Rasul Jungungan.

Kemudian setelah benar aqidah yang berasal dari Nabi dan diamalkan oleh para Salaf, maka Allah khabarkan bahawa amal mereka itu adalah menepati sunnah. Itu lah amal nawafil.

Itu lah amal yang ditunjukkan dan diajarkan oleh Utusan Nya kepada manusia. Bukan amal yang manusia fikir Allah akan menyukainya kerana fikiran manusia itu terbatas dan banyak salah silapnya.

Bukankah salah satu peranan diutus seorang Rasul adalah mengajar manusia tatacara menyembah Allah mengikut kehendak Allah sendiri?

Jika manusia bebas mencari cara yang mereka suka dan memaksa Allah menyukai cara mereka, maka mereka lebih pantas mengangkat diri mereka menjadi tuhan dan menuduh Allah menurunkan utusan dengan sia-sia.

Jadi aqidah yang menyalahi mazhab Salaf serta amal yang tidak mengikut sunnah atau disebut bid'ah hasanah, semua ini adalah sesat dan mengiring murka Allah serta azab.

Maka tidak mungkin seorang Asyaariyah mampu menjadi Wali kerana aqidah mereka adalah sesat, contoh tatkala dia menganggap Allah tidak meninggi di langit dan Al Quran adalah makhluk iaitu terjemahan Jibril dalam bahasa Arab.

Jika sahaja Asyariyah tidak mampu maka sangat mustahil sekali seorang Asyaariyah yang bersufi menjadi insan kecintaan Ilahi!

Dua kesesatan berkumpul pada dirinya lalu dia menyangka bahawa Allah cinta padanya? Sungguh ini adalah tanggapan yang terhasil dari lemahnya fikiran.

Sungguh kesesatan aqidah dan pengamal bid'ah hasanah membawa cinta dari syaitan, lantas datang membawa keajaiban dalam dirinya.

Ketika itu banyaklah manusia menganggap keajaiban itu sebuah karamah atau tanda dari Rab padahal ia adalah istidraj yang terhasil pada golongan sesat yang menyesatkan.

Dan manusia yang lemah fikirannya setelah lemah imannya, adalah manusia yang suka berkhayal sehingga mereka ghairah membaca kisah dongeng bikinan sufi lantaran dalamnya termuat hikayat tentang hal-hal ajaib seperti solat serentak di beberapa masjid termasuk masjidil Haram.

Kisah ajaib itu menjadi dalil bagi mereka: manusia tak berfikir. Dengan kisah ajaib itu juga mereka menolak hujjah Kalamullah dan Sabda Nabi serta penjelasan Salaf.

Justeru benarlah kata Imam Sang Nasirus Sunnah, dalam Diwan As Syafie bahawa cukup melazimi tasawuf selama 40 hari akan mengundang kebodohan dan kebebalan.

Gambar hiasan dari -IslamCendekia-

___________________________

 Abu Amru Radzi Othman
  ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments