Bagaimana Sikap Kita Terhadap Khilaf Ulama

OLEH: Abu Amru Radzi Othman


Khilaf atau berselisih atau perbezaan pandangan dalam sesebuah hukum fikih sering terjadi dalam pandangan para imam muktabar Ahlu Sunnah.

Sebelum ini, sempat saya senaraikan 11 Mazhab Fiqh Proto. Jadinya kita harus sedar bahawa wujudnya perbezaan fatwa dan sikap dalam sesuatu masalah fikih adalah lumrah.

Dan perbezaan inilah menyebabkan umat Islam sepatutnya menjadi toleran dan wujud kepelbagaian fatwa akan memudahkan umat.

Perlu kita fahami, bahawa khilaf yang benar-benar sebuah khilaf itu selalu disebut dengan istilah Khilaf Mu'tabar. Setiap pandangan mempunyai dalil, dan diamalkan sebahagian ulama salaf.

Contohnya qunut Subuh, bacaan Surah Al Fatihah bagi makmum di solat Jahr, batal wudu jika suami isteri bersentuhan tanpa lapik, dan banyak lagi.

Khilaf inilah yang boleh diamalkan oleh seorang Sunni.

Manakala khilaf yang tidak wujud dalam suatu masalah, namun sengaja diwujudkan khilaf padanya, tidak ada dalil, dan tidak pernah difatwakan oleh ulama Salaf, yang wujud hanyalah bergantung pada dalil umum, maka masalah ini dipanggil Khilaf Ghairu Mu'tabar.

Khilaf jenis ini sangat suka dijaja oleh golongan Ahli Bid’ah Hasanah, kerana mereka mahu melegalkan, menghalakan bid'ah yang mereka cipta.

Contohnya zikir sambil menari atau melambai-lambai, yang gemar dilakukan ahli Sufi. Atau lafaz Usalli pada solat dan sebagainya.

Sesungguhnya Khilaf Ghairu Mu'tabar tidak dilayan dan tidak dianggap. Hendaklah kita kekal mengamalkan Sunnah dalam hal ini .

Jadinya sikap kita bila wujud khilaf (iaitu khilaf muktabar) adalah:

(1) Pelajari kedua2 pandangan

(2) Cari dalil bagi kedua2 pandangan

(3) Fikir dan timbang dengan ilmu dan aqal kita

(4) Tetapkan pandangan mana yang hati kita rasa lebih kuat hujahnya, berdasarkan ilmu kita

(5) Amalkan pandangan tersebut

(6) Jangan salahkan pandangan yg satu lagi

(7) Raikan khilaf tersebut dgn hormati org yg ambil pandangan yg satu lagi

Dan perlu kita ketahui bahawa khilaf hanya wujud atas dasar ijtihad. Oleh itu, dalam bidang aqidah, tidak wujud khilaf sebab bidang aqidah tidak berlaku ijtihad.

Maka segala imam Mujahid mengamalkan satu mazhab aqidah sahaja, iaitu Mazhab Atsariyah, atau nama lainnya adalah Mazhab Salaf.

Oleh itu, dakwaan bahawa Ahlu Sunnah itu ada dua mazhab iaitu Asyaariyah dan Maturidiyah, hanyalah muncul dari pikiran Ahli Bid’ah sahaja. Malah ia tidak masuk aqal waras, sebab mustahil dua pandangan berlawanan dianggap kedua-duanya benar.

Bagaimana kita boleh membenarkan dua keyakinan dalam hati kita, seperti:

"Allah tidak terlibat langsung dalam perbuatan seorang manusia" - ujar Maturidiyah.

"Allah mengawal secara total perbuatan seorang manusia, tanpa campurtangan sang hamba, ibarat sebuah patung bertali" ujar Asyaariyah fasa awal.


___________________________
~Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah  Agama
_____________________________

Comments