OLEH: Bhenhar Jul Abdul Razak
Ada dua nama malaikat yang masyhur di kalangan kaum muslimin sehingga dijadikan lagu nasyid agar anak-anak dapat menghafalnya akan tetapi, malangnya dua nama malaikat ini tidak berdasarkan dalil yang shahih. Iaitu :
Pertama : IZRAAIIL.
Nama yang dikenali malaikat pencabut nyawa.
Tidak ada dalil yang shahih bahawa Izrail adalah nama dari malaikat pencabut nyawa.
Di dalam Al-Quran dan di dalam hadits yang shahih hanya menggunakan istilah “Malakul Maut” atau “malaikat kematian”
Allah berfirman:
قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ
“Katakanlah Malakul Maut (malaikat kematian) yang ditugaskan kepada kalian akan mewafatkan kalian kemudian kalian akan dikembalikan kepada Rabb kalian.” -
(surah As-Sajdah ayat 11)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
أُرْسِلَ مَلَكُ الْمَوْتِ إِلَى مُوسَى فَلَمَّا جَاءَهُ صَكَّهُ فَرَجَعَ إِلَى رَبِّهِ
“Diutus Malakul Maut kepada Musa, maka ketika malaikat tersebut mendatangi Musa, Nabi Musa menamparnya. Maka kembalilah malaikat tersebut kepada Rabbnya.” -
(HR. Bukhari dan Muslim)
Kedua : RIDHWAN.
Nama yang dikenali sebagai malaikat penjaga Syurga
Tidak ada dalil yang shahih bahawa Ridhwan adalah nama dari malaikat penjaga Syurga.
Di dalam Al-Quran dan di dalam hadits yang shahih hanya menggunakan istilah “Penjaga” tanpa menyebut nama.
Allah berfirman:
وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَرًا حَتَّى إِذَا جَاءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ
“Dan digiring orang-orang yang bertaqwa kepada Rabb mereka ke Syurga dalam keadaan berkelompok-kelompok sehingga ketika mereka mendatanginya dan dibuka pintu-pintu Syurga dan berkatalah para Penjaga Syurga kepada mereka: ‘Keselamatan atas kalian, kalian telah baik maka masuklah kalian ke dalam Syurga kekal selamanya’.” -
(Surah az-Zumar ayat 73)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
آتِي بَابَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَأَسْتفْتِحُ ، فَيَقُولُ الْخَازِنُ : مَنْ أَنْتَ؟ فَأَقُولُ : مُحَمَّدٌ ، فَيَقُولُ: بِكَ أُمِرْتُ لَا أَفْتَحُ لِأَحَدٍ قَبْلَكَ
“Aku akan mendatangi pintu Syurga pada hari kiamat. Maka aku meminta dibukakan, maka berkatalah Penjaga: ‘Siapakah engkau?’. Maka aku berkata: ‘Muhammad’. Maka dia berkata: ‘Denganmulah aku diperintah, aku tidak membukanya untuk seorangpun sebelummu’.” -
(HR. Muslim)
Tidak boleh seorang muslim memberi nama malaikat tanpa berdasarkan dalil yang shahih. Ini kerana agama adalah apa yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya. Lebih-lebih lagi yang melibatkan perkara ghaib seorang muslim memerlukan dalil yang shahih dalam berinteraksi dengannya..
Masyhur tidak semestinya betul..
Semoga bermanfaat.
____________
Faedah dari Halaqah Silsilah Ilmiyyah Dr. Abdullah Roy hafidzahullah.
___________________________
~ Bhenhar Jul Abdul Razak ~
Lajnah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment