OLEH: Ustaz Idris Bin Sulaiman
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHPRhdLa6Ww1M3VZK4LkmPHAW4tQ5mtkTnFTGOOJbMtKLs0GqxvdH_CP8tbcQ02YYyCH-PbEfbCXYKyMpsjAmv-Ef0byIo0O3cffrfGBOSELBGcBCRTyIXmNM0D6yk9hys0yKZfXYwaw/s400/1.jpg)
Apa yang ada hanya jamak antara solat Zohor dan Asar; bukan Jumaat.
Asal hukum Syarak adalah tauqif.
Tetapi mereka yang mengharuskan jamak Jumaat dan Asar berhujah dengan alasan bahawa Jumaat mengambil tempat Zohor.
Dengan kata lain mereka QIAS kan solat Jumaat dengan Zohor dan menganggap bahawa seperti mana boleh jamak Zohor dengan Asar maka dibolehkan jamak Jumaat dan Asar.
Walhal solat Jumaat BUKAN solat Zohor.
Keduanya berbeza dari banyak sudut; bilangan rakaatnya, dengan khutbahnya, dengan imam menjaharkan suaranya, dan sudut-sudut lain.
Maka seorang musafir yang mahu solat Jumaat TIDAK BOLEH menjamakkannya dengan solat Asar, sebaliknya hendaklah dia solat Asar pada waktunya.
Demikian yang ditegaskan oleh Syeikh Bin Baz, Uthaimin dan Al-Albani rahimahumullah.
Barakallahu fikum.
___________________________
~Ustaz Idris Bin Sulaiman~
Pendakwah Bebas
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment