Kaedah Sahabat (Ahli Sunnah) Memahami Quran Dan Hadis Nabi ﷺ

OLEH: Muhammad Azzudin


1. SAHABAT(Al-Miqdad) MEMAHAMI HADIS NABI ﷺ SECARA LITERAL

Hadis Nabi ﷺ : “Al Midad ra bahwa seorang telah mulai memuji Uthman ra. Al miqdad lalu menuju tempat orang tersebut kemudian berjongkok di atas kedua lututnya. Maka ia mulai menaburkan pasir ke wajah orang tersebut. Lalu Uthman ra bertanya kepadanya, “Ada apa denganmu?” Al Miqdad berkata “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda” Apabila kalian melihat orang yang suka memuji, maka taburkanlah wajah mereka dengan tanah”
(HR Muslim 3002)

Berbez dengan zaman ini, ramai berusaha mentakwilkan perkataan Nabi ﷺ & FIRMAN ALLAH

i. Hadis Nabi ﷺ: “Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad ﷺ. Seburuk-buruk perkara adalah (perkara agama) yang diada-adakan, SETIAP (perkara agama) yang diada-adakan itu adalah bid’ah, SETIAP BID’AH ADALAH KESESATAN” (HR. Muslim no. 867) …….. Bagaimana mungkin SETIAP BID’AH DITAKWIL kepada hanya SEBAHAGIAN BID’AH ADALAH SESAT.

ii. “Lalu Dia bersemayam di atas ‘Arsy.” (Al-A’raaf: 54) ….. Allah jelas menyebut DI LANGIT, tetapi dikatakan Allah DI MANA-MANA…..…. Bukankah ia lafaz dan makna yang berbeza?

iii. Hadis Isbal… Abu Bakar RA dengan jelas tidak sengaja membuat kainnya isbal tetapi ditakwilkan bahawa boleh isbal jika tidak sombong.

Nabi ﷺ menyatakan: “Kamu tidak melakukan dengan sombong.”

Dan NABI ﷺ TIDAK MENYEBUT ATAU MEMBOLEHKAN ISBAL . Semua dalil secara jelas melarang isbal tetapi SEDAYA UPAYA MENCARI SYUBAHAT untuk membolehkan isbal.

Di dalam hal MEMAHAMI DALIL SECARA LITERAL (JELAS) tetapi seringkali kita akan dipersoalkan seperti:

Kata mereka: “Takkan imam syafie atau ulamak yang menghafal beratus ribu hadis tidak tahu hal demikian”

i. Dalam hadis (pujian), jelas Uthman RA juga tidak tahu atau lupa berkenaan hadis menabur muka pasir ke atas muka orang yang memujinya……..  Bukankah Uthman RA adalah orang ke 3 terbaik di kalangan sahabat? Apakah imam, ulamak atau ustaz lebih baik dari Uthman RA?

ii. Andaikata sesuatu perbuatan itu baik, maka SAHABAT YANG DIJAMIN MASUK SYURGA PASTINYA MENDAHULUI AMALAN ITU. Siapakah yang lebih memahami agama jika bukan sahabat kerana agama islam (quran/hadis) diturunkan melalui sahabat sehingga kini..…. Jika ingin masuk syurga perlu mencontohi orang yang dijamin masuk syurga.

KAEDAH AHLI SUNNAH MEMAHAMI AYAT QURAN HADIS vs AHLI KALAM
Oleh Ustaz Idris Sulaiman (Syarah Kitab Akidah Imam Al-Barbahari)

KAEDAH MEMAHAMI DALIL
“Sesuatu perkataan dari Quran dan Hadis hendaklah difahami secara zahir kecuali jika ada petunjuk-petunjuk yang menunjukkan bahawa makna zahirnya tidak dimaksudkan.”

AHLI KALAM BERSIFAT TAKALLUF (BERLEBIHAN)

Jadi kita memahami yang Dajjal ialah manusia. Yakjuj Makjuj pula kuat hingga boleh minum air sungai sampai kering. Tak perlu nak bayangkan mereka bawa jentera atau kilang yang sedut sungai sampai kering. Ini dipanggil takalluf.

Takalluf adalah bersikap berlebihan dalam mentafsirkan ayat ikut logik kedangkalan akal fikiran. Ini masalah akal yang tidak mahu beriman (ahli kalam). Mereka  tidak mahu menerima kecuali jika tidak menepati logik.

SELAGI TIADA PETUNJUK DARIPADA AL-QURAN DAN HADIS, JANGAN DISELEWENGKAN MAKNA SUATU NAS ITU DENGAN MAKNA YANG MENYALAHI MAKSUD ZAHIRNYA.

Ahli kalam bukan sahaja takwil sifat Allah, bahkan semua syariat ditafsirkan (takwil) ikut laras akal mereka yang dangkal itu. Bagi kita yakjuj makjuj minum air sungai hingga kering kerana Nabi ﷺ kata. Kita beriman saja “Kami Dengar dan Kami Taat”. Selagi tiada petunjuk, jangan kita tafsirkan secara pasti. Contoh televisyen sebahagian dajjal-dajjal tetapi kita kena yakin akan ada dajjal paling besar  atau manusia penipu yang paling hebat (The Dajjal).


Sikap Sahabat Terhadap Sabda (Hadis) Nabi ﷺ 

Abdullah bin Abbas RA berkata: “Nabi Muhammad ﷺ berhaji dengan cara tamattu’”, lalu berkata ‘Urwah bin Az Zubair: “ABU BAKAR DAN UMAR MELARANG AKAN HAJI TAMATTU’”, Abdullah bin Abbas RA bertanya: “Apa yang dikatakan oleh Urayyah?”, dijawab: “Ia mengatakan bahwa Abu bakar dan Umar melarang akan haji tamattu’”, maka Abdullah bin Abbas RA menanggapinya: “AKU BERPENDAPAT MEREKA AKAN CELAKA, AKU SEDANG MENGATAKAN NABI MUHAMMAD ﷺ BERSABDA, dan ia (malah) mengatakan Abu Bakar dan Umar melarang(nya).” (HR. Ahmad)


KESIMPULAN

1. Agama Islam adalah berasaskan Quran dan Hadis. Ia diwahyukan kepada Rasulullah ﷺ dan dihafal serta disebarkan melalui sahabat. Maka, contoh pengibadatan sebenar adalah seperti yang dicontohi oleh Nabi ﷺ dan kefahaman sahabat.

2. Perlu dilihat siapa guru yang diambil hal agama. Setiap dakwaan/sandaran berkaitan agama PERLU MENYERTAI DALIL YANG JELAS supaya DIJAUHI TAKWILAN YANG MEROSAKKAN AGAMA.

___________________________
~ Muhammad Azzudin~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments