OLEH: Dr Idris Sulaiman
Semua manusia mahu rumah tangga bahagia. Tinggal lagi bagaimana mengacapinya, apakah cara-cara dan rahsianya?
Hakikatnya sikap toleransi, empati dan merendahkan ego memainkan peranan yang cukup besar dan penting.
Dalam sebuah hadis, Nabi ﷺ menceritakan tentang isteri-isteri yang menjadi penghuni syurga serta sifat-sifat yang melayakkan mereka mendapat tempat bahagia itu.
Sabda Nabi ﷺ:
أَلا أخْبِرُكمْ بِنِسائِكمْ مِنْ أهْلِ الجَنَّةِ؟ الوَدُودُ الولود العئود الَّتِي إِذَا آذَتْ أَوْ أُوذِيَتْ جَاءَتْ حَتَّى تَأْخُذَ بَيْدَ زَوْجِهَا، ثُمَّ تَقُولُ وَاللهِ لَا أَذُوقُ غُمْضًا حَتَّى تَرْضَى.
"Mahukah kalian aku khabarkan tentang isteri-isteri kamu yang termasuk dalam kalangan penghuni syurga? Iaitu wanita yang mencintai suami, mempunyai anak ramai dan selalu meminta maaf kepada suaminya. Sekiranya dia menyakiti ataupun disakiti dia segera berjumpa suaminya dan memegang tangannya lalu berkata: Aku tidak akan tidur sebelum engkau reda kepadaku'."
[Hasan. Riwayat al-Nasai']
Betapa hebatnya isteri-isteri yang bakal masuk syurga. Mereka memiliki sifat-sifat yang sangat luar biasa.
“Selalu meminta maaf kepada suaminya” sifat yang bukan mudah kerana orangnya perlu rendah diri di samping tidak ego dan tidak mudah terbawa-bawa dengan emosi.
Dalam keadaan berfikir secara rasional dan melihat impak jangka panjang sang isteri memohon ampun maaf kepada suaminya. Hebat sungguh isteri seperti itu.
Sedangkan lumrah dalam perselisihan masing-masing dengan ego masing-masing, tidak mahu mengalah dan saling menyalahkan antara satu sama lain, jauh sekali hendak meminta maaf.
Sedangkan apa jua perselisihan dalam rumah tangga adalah tidak baik dan perlu segera ditangani bermula dengan salah satu atau lebih baik jika kedua-dua belah pihak mengaku salah dan meminta maaf. Dan pihak pertama yang menghulur tangan meminta maaf dialah yang layak mendapat pujian.
“Aku tidak akan tidur sebelum engkau reda kepadaku” menunjukkan keprihatinan sang isteri untuk segera menangani perselisihan yang berlaku, malah pada hari yang sama. Kerana dia tahu jika perselisihan dibiarkan berterusan sampai ke hari esok maka kemungkinannya keadaan akan bertambah buruk dan sulit, dan ini bukan masanya untuk sombong, merajuk dan jual mahal. Sifat-sifat yang sangat istimewa.
Demikian adalah sifat-sifat para isteri yang bakal menjadi penghuni syurga.
Buat para suami pula, ingatlah akan sabda Nabi ﷺ:
خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي
“Sebaik-baik kalian ialah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah yang paling baik terhadap ahli keluargaku.”
[Sahih. Riwayat Tirmizi]
Wallahulmuwaffaq.
[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan KLIK DI SINI
terima kasih pena malaysia
ReplyDeleteAku pun rasa tak sedap hati bila ada seorang PENTAKSUB habib baca hadis ni. Apa-apapun thank you!
ReplyDelete:):):):):):):):):):):):):):):):):):)