Bahagia Hakiki Bukan Dengan Harta

OLEH: Dr Idris Sulaiman

Firman Allah ﷻ:
فَلَا تُعۡجِبۡكَ أَمۡوَٰلُهُمۡ وَلَآ أَوۡلَٰدُهُمۡۚ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَتَزۡهَقَ أَنفُسُهُمۡ وَهُمۡ كَٰفِرُونَ
“Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada kekayaan harta dan anak-anak mereka (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan kekayaan dan anak-anak mereka itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka dicabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula).”
[Al-Quran, al-Taubah, 9:55]

Menurut Imam Ibnu Kathir, maksudnya janganlah disangka kekayaan dan anak pinak yang Allah ﷻ berikan kepada sesetengah hambaNya yang ingkar daripada kalangan orang-orang kafir dan munafik bermakna bahawa Allah ﷻ telah menyegerakan kebaikan kepada mereka.

Sama sekali tidak, sebaliknya Allah ﷻ berkehendak untuk menyeksa mereka dengannya di akhirat, tegas beliau.

Jelasnya kerana mereka tidak bersyukur dengan nikmat-nikmat yang telah diberikan kepada mereka dan tidak menggunakannya pada jalan-jalan yang diredai.

Akhirnya, bahagia hakiki ialah dengan kembali kepada Allah ﷻ sebagai hambaNya yang taat melaksanakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya dengan ikhlas dan menurut apa yang digariskan oleh syariat.

Hanya mereka ini yang mendapat bahagia di dunia dan akhirat.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments