Usaha Syeikh Al-Jabarti Menyelidik Gerakan Wahabi

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Siapa yang tidak mengenali sosok ulama besar Al Azhar ini? Seorang ulama besar yang terkenal, antara masyaikh hebat Al Azhar yang dianggap pakar sejarah yang ada zaman ini.

Bagi bersikap adil dan melihat pada bentuk hakikat, Syeikh Al Jabarti telah menyelidiki Gerakan Wahabi yang muncul dan berkembang di zamannya.

Malah sebuah kesempatan tercipta tatkala Gabenor Mesir - Ibrahim Pasha - yang berjaya meranapkan Dar'iyyah sehingga menjadi padang jarak padang terkukur dengan kerjasama British, telah menawan pembesar Wahabi termasuklah Raja Dar'iyyah yang juga merangkap seorang ulama yang lahir dari tangan Muhammad Abdul Wahhab sendiri.

Raja dan para pembesar Dar'iyyah yang rata-rata adalah ilmuan telah di usung dari Najd menuju Kaherah dalam belenggu, untuk dihantar ke Istambul sebagai tawanan perang yang nantinya di pancung oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah.

Itulah nasib yang umum berlaku kepada dua buah negara merdeheka yang berperang lalu negara yang tewas akan kehilangan kebebasan dan kemungkinan para pembesarnya turut kehilangan nyawa.

Syeikh Al Jabarti pun pergi menemui pembesar Wahabi termasuk Rajanya. Menemubual mereka dan menyelidiki manhaj serta perjuangannya.

Apa yang diperolehi sangat menakjubkan.

Al Jabarti tidak menyesatkan Wahabi malah menghormati gerakan ini. Malah Syeikh yang mulia berasa malu kepada negaranya (Turki) dan masyarakatnya (Mesir).

Terus terang ahli Sejarah Al Azhar ini mengakui bahawa Tentera mereka tidak tahu solat khauf malah tercengang apabila melihat tentera Wahabi sedang bersolat secara 'pelik'.

Nampaknya bagi Al Jabarti, gerakan Wahabi itu lebih mirip sebuah ajakan menghidupkan kembali Sunnah Nabi.

Justeru tidak pernah kita jumlah sebuah kata dari Ulama Al Azhar ini tentang kesesatan Wahabi padahal dia melihat gerakan Wahabi dengan secara nyata dan dia bertemu mata bertentang mata pula dengan Raja serta para tokohnya.

Jadilah Al Jabarti seorang tokoh sejarah yang menceritakan tentang Wahabi secara ilmiyah, adil dan saksi langsung pada gerakan ini.

Dan kerana ulama Al Azhar dan ahli sejarah ini memperkatakan kebenaran yang nampaknya tidak menyesatkan Wahabi, sebaliknya condong memihak kepadanya, maka musuh Salafi tidak mengambil kitab sejarah nya sebagai rujukan.

Yang anehnya adalah penentang Wahabi - seperti Asyaariyah, Sufiyah dan Syiah - gemar menukil "fakta" sejarah dari penulis yang tidak hidup dan menyaksikan langsung gerakan Wahabi, serta keahlian penulis dalam hal sejarah tidak begitu pasti.

___________________________
Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments