OLEH: Ustaz Idris Bin Sulaiman
Syeikh Al-Albani rahimahullah menegaskan bahawa perbuatan ini adalah satu bentuk PERJUDIAN.
Oleh yang demikian ia TIDAK DIBENARKAN.
Kata beliau, "Ia adalah perjudian jika ia bukan termasuk dalam bab:
Setiap keuntungan daripada piutang adalah RIBA".
Mengapa ia satu perjudian?
Syeikh menjelaskan, ini memandangkan tiada jaminan bahawa setiap peserta akan memperoleh bahagian mereka masing-masing lebih-lebih lagi mereka yang berada di tangga giliran akhir.
Berbagai kemungkinan boleh berlaku; ada yang menarik diri, tidak mampu bayar dan sebagainya. Demikian juga kemungkinan ada peserta yang meninggal dunia.
Keadaan ini membuatkan para peserta terdedah kepada keuntungan dan kerugian atas sebab nasib semata-mata.
Ini yang dinamakan sebagai JUDI.
Syeikh menegaskan, kecuali sekiranya ditulis satu perjanjian antara para peserta tentang bagaimana sekiranya ada peserta yang tidak dapat meneruskan bayaran atas apa jua alasan; sama ada akan dituntut atau dimaafkan; bagi memastikan hak-hak para peserta dipelihara.
Selagi mana tiada PERJANJIAN YANG JELAS maka ia tidak dibolehkan.
Rujukan: Rakaman suara 'Silsilah Al-Huda Wa An-Nuur': no 573: minit 42.
Barakallahu fikum.
___________________________
~Ustaz Idris Bin Sulaiman~
Pendakwah Bebas
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment