Menceraikan Isteri Ketika Hamil?

OLEH: Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya



Ramai berfatwa dengan emosi apatah lagi mendapat peluang untuk membalun "pengamal poligami". Ibarat diberi pedang utk dipenggal kepala, lebih-lebih lagi jika diri sendiri, ahli keluarga , sahabat handai punya sejarah hitam dalam poligami.

Menceraikan isteri dalam keadaan hamil tidaklah menjadi suatu masalah.

Ini dinyatakan dalam hadith bahawa dibenarkan menceraikan isteri dalam keadaan suci dan hamil.

yang dicela adalah saat mereka dalam haidh dan nifas, sebagaimana riwayat yang thabit dari Rasulullah saat beliau menegur sahabat Nabi Ibn Umar Radiyallahu anhuma menceraikan isterinya dalam keadaan haidh seperti di dalam riwayat Muslim dan ahmad.

ثم ليطلقها طاهرا أو حاملا

Syeikh Bin Baz rahimahullah dalam fatwa Kitab Fatawa Da’wah Syaikh Ibn Baz, Juz II/239 mengatakan boleh menceraikan isteri dalam keadaan hamil sebagaimana hadith .

رَاجِعْهَا ثُمَّ أَمْسِكْهَا حَتَّى تَطْهُرْ ثُمَّ تَحِيْضَ ثَُمَّ تَطْهُرْ ثُمَّ طَلِّقْهَا إِنْ شِئْتَ طَاهِرًا قَبْلَ أَنْ تَمَسَّهَا أَوْ حَامِلاً
“Rujuklah kepda isterimu kemudian tangguhkanlah sampai ia suci kemudian haid kemudian suci kemudian ceraikanlah jika kamu mau ketika ia dalam keadaa suci sebelum kamu menyentuhnya atau dalam keadaan hamil”

Mungkin masyarakat kita melihat sudut "mercy" dan "simpati", tapi jangan sesekali menafikan hak dalil yang sudah dituturkan dan diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Sungguh KEBENARAN lebih aku cintai...
___________________________
~Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya~
Pendakwah Bebas
_____________________________

Comments