Nasihat UIS: Jangan Lama 'Bershopping' Sehingga Kedai Hampir Tutup

OLEH: Ustaz Idris Bin Sulaiman


Tidak kira sama ada di ‘shopping complex’ ataupun di mana-mana pasar.

Daripada Salman Al-Farisiy RA , beliau berkata:

لَا تَكُونَنَّ إِنِ اسْتَطَعْتَ، أَوَّلَ مَنْ يَدْخُلُ السُّوقَ وَلَا آخِرَ مَنْ يَخْرُجُ مِنْهَا، فَإِنَّهَا مَعْرَكَةُ الشَّيْطَانِ، وَبِهَا يَنْصِبُ رَايَتَهُ
“Jika kamu mampu maka janganlah menjadi ORANG PERTAMA MASUK PASAR ataupun ORANG TERAKHIR KELUAR darinya. Kerana sesungguhnya pasar adalah medan pertempuran SYAITAN, dan di situlah SYAITAN menancapkan benderanya.” 

Riwayat Muslim

Imam At-Tabarani meriwayatkan dalam kitabnya Al-Mu’jam Al-Kabir, daripada Salman Al-Farisi, bahawasanya Rasulullah sallalahu alaihi wasallam bersabda:

لَا تَكُنْ أَوَّلَ مَنْ يَدْخُلُ السُّوقَ، وَلَا آخِرَ مَنْ يَخْرُجُ مِنْهَا، فَفِيهَا بَاضَ الشَّيْطَانُ وفَرَّخَ
“JANGAN kamu menjadi ORANG yang PERTAMA masuk pasar ataupun ORANG yang TERAKHIR keluar darinya. (Kerana) di situ syaitan bertelur dan berkembang biak.”

Semoga bulan Ramadan kita diberkati Allah subhanahu wata’ala.


___________________________
~Ustaz Idris Bin Sulaiman~
Pendakwah Bebas
_____________________________

Comments