Sheikh Muhammad Abduh Ialah Ahli Freemanson?

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Al Afghani ke Kaherah dan mengajar di sebuah kelas persendirian dan bukannya di Universiti Al Azhar.

Ketika itulah Muhammad Abduh - yang merupakan mahasiswa Al Azhar datang bertalaqi dengan tokoh Syiah ini. Dia adalah ulama Syiah yang membawa pemikiran liberal dan tidak mengajarkan aqidah sesatnya secara terang-terangan.

Abduh mengikut gurunya menjadi ahli Freemanson di Lodge Kawkab Al-Sharq (Bintang Timur) milik Perancis. Pada 1878, ahli Lodge mencapai 300 dan Al Afghani menjadi ketuanya.

Al Afghani sangat bercita-cita menjadikan umat Islam seperti bangsa Eropah terutama Perancis.

Pada 1884, dia pergi ke Paris setelah dihalau oleh British lalu bergabung dengan gurunya untuk menyebarkan pemikiran mereka, salah satunya adalah pembebasan dari belenggu British.

Pada 1899, Muhammad Abduh dilantik oleh British sebagai Mufti Mesir, kerana pemikiran Liberal disenangi oleh penjajah.

Tapi wujud usaha menjauhkan kedudukannya dari ulama Mesir namun Lord Cromer mendokongnya hinggalah dia kekal menjadi mufti.

Ketika berlaku pertelingkahan antara Muhammad Abduh dengan seorang ulama Asyaariyah di Tanah Arab, maka yang menjadi perantaranya adalah seorang ulama Nusantara (beraqidah Asyaariyah).

Saya terlupa siapakah ulama Arab dan Melayu tersebut.

Salah satu sumbangan Abduh adalah memperkenalkan subjek Fiqh Ja'fari kedalam silibus Al Azhar. Nampaknya hasrat gurunya agar berlaku penularan faham Syiah berlaku juga.


___________________________
Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments