Hadis Seputar Samak Kulit

OLEH: Abu Amru Radzi Othman



Samak adalah membersihkan kulit binatang dengan bahan tertentu (yang kesat) untuk membolehkan ia menjadi suci dan boleh diguna.

Sementara sertu pula membersihkan sesuatu dari najis mughalazah dengan tujuh kali basuhan termasuk satu basuhan air tanah. (Bab sertu juga berlaku khilaf ulama akan jenis haiwannya, bahagian-bahagian najis pada haiwan tersebut serta benda-benda yang terkena najis tersebut. Perbahasan masalah ini bukan disini)

Secara umumnya terdapat 3 kategori haiwan di dunia iaitu:

1. Haiwan suci yg boleh dimakan
2. Haiwan suci yg tidak boleh dimakan
3. Haiwan yang najis

Lantas berdasarkan kategori haiwan ini menatijahkan 4 pandangan dalam masalah samak:

PANDANGAN 1:
Samak tidak akan mensucikan semua kulit haiwan secara umum.

PANDANGAN 2:
Samak mensucikan semua jenis kulit haiwan tanpa mengira kategori haiwan, berdasarkan hadis no. 20 dalam kitab Bulughul Maram.

PANDANGAN 3:
Samak hanya mensucikan kulit haiwan yang suci (haiwan kategori 1 & 2) manakala kulit haiwan yang najis tetap najis walau disamak.

PANDANGAN 4:
Samak hanya mensucikan kulit haiwan yang boleh dimakan (kategori 1 sahaja).

* Intisari dari kuliah Bulughul Maram, bab ke 2.



___________________________
Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments