OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Sahabat Nabi, Abu Ayub Al Anshari Al Khazraji, atau nama asalnya Khalid bin Zayd bin Kulayb. Dia adalah seorang sahabat Nabi yang panjang usia dan meninggal pada masa pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan.
Ad Dzahabi menuliskan dalam An Nubala' satu kisah yang penting tentang kewafatan sang sahabat ini:
"Diriwayatkan dari Ayub, dari Muhammad, dia berkata: "Ayub ikut serta dalam perang Badar, kemudian tidak pernah tertinggal dalam peperangan yang lain kecuali selama satu tahun. Dia telah dijadikan sebagai pemimpin tentara sejak berusia muda. Dia kemudian merasa tidak sihat lalu berkata: "Tidak mengapa bagiku jika ada yang ingin menggantiku". Setelah itu dia sakit, lalu kepemimpinan dipegang oleh Yazid bin Muawiyah. Yazid menjenguknya kemudian berkata: "Apakah kamu punya keinginan?" Abu Ayub menjawab: "Ya, jika aku mati maka bawalah aku ke negeri musuh jika kamu mampu. Jika tidak dapat maka kuburkan lah aku (disini) kemudian pulanglah". Setelah dia wafat Yazid membawanya ke negeri musuh kemudian menguburnya. Dia berkata: "Allah swt berfirman: "Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat"
(At Taubah: 41)
Jadi, tidak ada jalan lain, aku harus berangkat, walaupun terasa berat".
Ad Dzahabi mengatakan bahawa tahun kewafatan beliau adalah pada 52H, bersamaan 672M.
Jika diteliti pada misi perang menawan Kota Kostantinopel oleh Muawiyah, ia hanya meletus pada pada 674.. Sedangkan pada 672M, armada Umayyah belum sampai lagi ke Tembok Kostantinopel.
Tempat-tempat yang berjaya dikuasai adalah bahagian selatan laut Marmara, seperti kota Smyrna, Lycia dan Cilicia, dengan tentera Islam berpangkalan di Cyzicus.
Muawiyah menyusun strategi untuk menyekat bekalan masuk ke Kostantinopel dengan menguasai jalan darat serta laut.
Pada 673M kota Tarsus dan Pulau Rhodes berjaya ditawan. Pendek kata, kawasan yang dikuasai berada di Laut Aegean, Semenanjung Cyzicus serta selatan Laut Marmara.
Hanya pada tahun 674M, baharulah pasukan Angkatan Tentera Laut Islam mula berlayar di tengah Laut Marmara dan mendarat di pantai Thracian berhampiran Bakırkoy.
Nampaknya kaum Muslimin mendarat di sebelah barat Tembok Kostantinopel, pada tahun 674M.
Dapatan:
(1) Ayub Al Anshari, sahabat Nabi itu wafat pada 672M.
(2) Hanya pada tahun 674M baharulah armada Islam mendarat hampir Kota Kostantinopel, itupun di bahagian barat.
(3) Kubur Ayub Al Anshari yang ditemukan oleh guru Sultan Muhammad Al Fateh berada di utara Tembok Kostantinopel
(4) Pangkalan tentera Islam pada tahun 672M berada di barat Laut Marmara, tepatnya di Cyzicus. Dari pangkalan tentera tersebut, hendak menuju ke kawasan maqam yang berada sekarang ini, agak mustahil, malah tidak berapa logik.
Hanya ada dua cara menuju ke kawasan tersebut:
- sama ada mendarat di barat Kota Kostantinopel lalu berjalan / menaiki kuda menuju ke utara kota yang jaraknya jauh, melalui sepanjang kawasan utara Tembok Kostantinopel, atau;
- berlayar melalui Sungai Tanduk Emas (Golden Horn) yang ditebing kirinya berdiri Tembok Kostantinopel, malah ada satu kawasan dimana kana dan kiri terdapat tembok. Laluan ini lebih berbahaya dari laluan pertama.
Sepertimana kata guru saya, Dr Ibn Ahmadain Al Barlisi - pengaran buku Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah - bahawa kubur Abu Ayub Al Anshari itu tidak dapat dipastikan keshahihannya lantaran hanya berdasarkan sebuah mimpi sufi, gurunya Al Fateh, sebagai stategi membangkitkan semangat juang soldadu Uthmaniyah yang mula merudum kerana hebatnya tentangan dari Byzantium. Pendek kata, kubur itu adalah palsu, dan Abu Ayub tidak dikubur disitu.
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment