OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi
"... Mereka mengatakan, wajib... untuk memanggilnya nasīkah dan bukannya akikah."
"Al-Shāfi‘ī tidak suka/benci menamakannya akikah..."
"... Maka menunjukkan anna-hu tidak suka/benci akan nama (akikah) tersebut dan suka akan perbuatan (akikah itu)."
Barangkali kata-kata al-Māwardī ini adalah punca penisbahan ini. Akan tetapi, hu di situ muḥtamal – mungkin merujuk kepada Rasulullah SAW dan mungkin juga kepada Imam al-Shāfi‘ī. Jika merujuk kepada Imam al-Shāfi‘ī pun, “maka menunjukkan” menunjukkan bahawa ini hanyalah istinbat beliau daripada perbuatan beliau meriwayatkan hadis tersebut. Oleh itu, penisbahan pendapat ini kepada Imam al-Shāfi‘ī secara jazam setakat ini tidak sahih.
Walau bagaimanapun, pendapat berkenaan ditolak dan dilemahkan oleh Sulṭān al-Mazzāḥī (1075 H), al-Shabrāmallisī (1087 H), dan al-Bayjūrī (1277 H) – atau aṣḥāb al-ḥawāshī – dengan alasan Rasulullah SAW sendiri menggunakan perkataan tersebut dalam beberapa hadis. Tetapi, menurut al-Ghamrāwī (selepas 1337 H) yang datang selepas nama-nama yang disebutkan tadi, “menamakannya ‘akikah’ khilāf al-awlā mengikut pendapat yang rājiḥ” .
Wallahualam.
___________________________
~ Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi ~
Unit Asatizah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment