Orang Pro-Ibn Arabi Tidak Akan Mampu Menentang Batiniyyah

OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi


Dalam sejarah Islam di Acheh, tercatat pertembungan antara antara Syeikh Nur al-Din al-Raniri dengan golongan Wahdah al-Wujud yang diketuai oleh Hamzah al-Fansuri, dan beberapa siri perdebatan melalui lisan dan tulisan berlaku antara kedua-dua pihak.

Pada mulanya, Syeikh Nur al-Din al-Raniri menang sampai kitab-kitab sufi falsafi itu dibakar di Masjid Bayt al-Rahman. Tetapi, dalam debat terakhir beliau dikatakan dikalahkan oleh pengikut Hamzah al-Fansuri sehingga lari membawa diri ke negeri asalnya, India.

Saya pada mulanya tidak percaya bahawa Ahli Sunnah kalah berdebat dengan golongan Wujudiyyah. Selepas mendapati bahawa Syeikh Nur al-Din al-Raniri sendiri mengiktiraf Ibnu 'Arabi, tahulah saya itulah punca kekalahan.

Semalam saya mendengar rakaman diskusi Ustaz Noor Derus bersama pihak pro-Ibnu 'Arabi, dan ada kalamnya yang membenarkan hipotesis yang saya buat, iaitu:

"Sebab tu, siapa yang pro-Ibnu 'Arabi, kamu takkan boleh tentang Batiniyyah, sebab segala yang Batiniyyah buat, Ibnu 'Arabi buat."


___________________________
~ Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi ~
Unit Asatizah
_____________________________

Comments