Siapakah Ulama?

OLEH: Ustaz Abid Annuriyy

Siapakah Ulama?

Bertaqwa, takut kepada Allah, atau warak, bersolat malam membaca ayat-ayat Allah dengan tadabbur, khusyu’ dan takut. Ulama itu bertawhid dan mengikuti Sunnah. Ulama yang tidak mengikuti Sunnah (aqidah dan ibadah), sebaliknya mengikuti syirik dan bid’ah, itu bukan ulama, itu juhala’, mubtadi’ah, musyrikin dan ulama syirik. Ringkasnya alim itu
1.taqwa (muwahhid, thiqah) dan ittiba’
2.mengetahui dalil-dalil serta serta memahami dalil-dalil dengan kefahaman salaf.

Ukuran kealiman itu agak sukar kerana ia bukan sahaja tentang ilmu dan kesarjanaan, bahkan berkait juga dengan aqīdah dan amal.
Ilmu hebat tetapi aqidah sesat, tidak dikira alim.
Ilmu hebat tapi solat kerap masbūq tanpa uzur tidak dikira ālim. Ia berkaitan taqwa, khashyah dan ibādah.
Amalan-amalan mesti menepati sunnah.
.
al- Barbahāri berkata,

العلم ليس بكثرة الرواية والكتب، وإنما العالم من اتبع العلم والسنن، وإن كان قليل العلم والكتب، 
Bukan itu dengan banyak riwayat hadith dan kitab-kitab. Sebenarnya alim itu ialah yang mengamalkan ilmu dan sunnah-sunnah. Walau sedikit ilmunya dan buku-bukunya. 

ومن خالف الكتاب والسنة، فهو صاحب بدعة، وإن كان كثير العلم والكتب
Sesiapa yang menyalahi kitab dan sunnah maka dia ahli bid'ah bukan alim, walau ia banyak ilmu dan kitab-kitab.

Pemegang Master Hadith, Master Shari’ah, PhD Hadīth, Phd Shari’ah dan mufti-mufti rasmi pun belum tentu alim.

Bagaimana dengan kelompok-kelompok jahmiyyah yang memang jahil Hadīth atau anti hadith?

(Ustaz Abid Annuriyy, ‘Aqidah al-Imam al-Shafi’i, ms )


___________________________
Ustaz Abid Annuriyy
Pendakwah Bebas
_____________________________

Comments